Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Rasanya, ramai di antara rakan blogger pernah melalui peristiwa seram. Paling kurang sekali seumur hidup. Begitu juga dengan Kancil. Namun Kancil nak katakan ia seram, benda tu ndak juga menganggu. Tapi ia membuat Kancil ndak sedap duduk sepanjang perjalanan.
Kisah nie Kancil alami sewaktu balik ke Tawau dari Kota Kinabalu. Kancil drive sendiri dan ditemani isteri tersayang. Kalau ndak silap, isteri Kancil mengandungkan anak pertama Kancil. Memang satu kebiasaan bagi Kancil kalau nak balik kampung. Kancil akan bergerak seawal 3 pagi.
Tujuannya untuk menggelak bertembung dengan lori dan cahaya matahari yang terbit dari timur. Kalau bergerak jam 6 atau 7 pagi, memang lambatlah kita sebab mengekori belakang lori. Time tu, banyaklah lori keluar. Sampai 4 buah lori bergerak. Nak potong / pintas memang berbahaya. Kalau bukan lori, cahaya matahari pulak menjadi penghalang. Kan kawasan Kundasang dan Ranau kawasan berbukit.
Sebab itu Kancil suka bergerak seawal pagi walaupun ada kabus. Tapi bagi Kancil ia selamat. Tepat pada pukul 3 pagi, kami suami isteri bergerak menuju ke Bukit Kokol. Pendakian memakan masa yang agak lama untuk sampai ke puncak. Lebih kurang 30 minit hingga ke 40 minit. Kekadang 1 jam, tengok pada keadaan cuaca pagi.
Sampai satu kawasan yang sunyi, Kancil terpandang satu papan tanda di atas jalan. Entah mengapa ia menarik minat kancil untuk memandangnya. Makin dekat makin tertarik. Isteri Kancil pun terpegun. Lebih kurang 6 meter dari tempat papan tanda, tiba - tiba ia bertukar menjadi seorang manusia yang ditimpa kemalangan. Papan tanda yang kami lihat sudah tiada dan kini hanya seorang manusia terduduk di atas jalan sambil melihat kami.
Kancil ndak bersuara langsung malah meneruskan perjalanan sehingga ke Ranau. Begitu juga isteri Kancil. Kami diam membisu. Setiba di Ranau, barulah kami bertanya sesama sendiri. Syukur alhamdulillah, kami ndak diganggu teruk. Hanya ganggu kecil - kecil...kira ditakut - takutkan je. Disebabkan itu, Kancil ndak mahu sudah berjalan awal pagi. Bimbang...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
26 comments:
gangguan kecil-kecil pun seram gak... eeeeee
Mungkin dia mangsa kemalangan...
seriau rasanya...
KY pun pernah alami perkara seram ni.., kalau tak salah perkara tu berlaku malam raya...tak ingat dah tahun berapa, mungkin suatu hr KY kongsi cerita ini di blog KY
tag cikgu utk contest ni
http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/2012/07/big-contest-1st-timesaya-nak-kad-raya.html
Seramnya.
kecil ke tu kancil.. adeiii.. seramnya.... bukan kecil-kecilan dah tu... huhu
KA pown pernah alami perkara2 mcm ni!
blm penah kena kacau mcm tu...minta dijauhkan...mujur cikgu steady buat tak tahu je masa tu...
serius seram..naik bulu roma saya baca..kancil tak tolong dia ke??hehe..
Eeee memang seramlah kalau alami situasi begini. Cik Zai pun pernah tapi bukan masa memandu ..masa duk asrama dulu...tapi sekali jer..
huhu..memang agk seram..bahaya utk isteri Kancil yang sedang mengandung masa tu
ain1914 :
memang seram
Muhammad Izuan :
mungkin namun Kancil akan nampak dari jauh jika ia mangsa kemalangan namun dah dekat baru nampak
KY :
ndak sabar untuk membacanya
ain1914 :
terima kasih...insya Allah kancil akan ikut
fiza :
memang seram
eeiyss :
hehehe...memang seram
kesuma Angsana :
hehehe...mesti seram pun
Aishah :
syukur sebab kalau kelam kabut confrim kemalangan
Anak Wak Mail :
hehehe...kan memula tengok papan tanda...tetiba tukar orang...ndak pelik ke
Cik Zai :
asrama memang penuh dengan ceritanya
3no :
time tu ndak terfikir...sebab mahu menggelak benda yang nyata,..hehehe
assalamualaikum kancil....menyeramkan juga kan nasib baik x ada apa2 yg berlaku...:)
seram jugak kancil...nasib baik semuanya selamat.....
Maszull :
Syukur ndak ada apa2
Remy ;
Alhamdulillah
Post a Comment