Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Hari tu, Kancil cerita mengenai lebuhraya Tawau - Lahad Datu. So entri kali nie Kancil ceritakan mengenai lebuhraya yang seterusnya iaitu Lahad Datu - Sandakan. Jarak perjalanan ialah 120 km dari bandar Lahad Datu. Kawasannya sama dengan lebuhraya sebelumnya namun pemandangan air laut sudah tidak kelihatan. Ini kerana jalan raya menuju ke kawasan pedalaman Sabah.
Terdapat dua buah sungai besar yang kita akan lalui. Iaitu Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Dalam era 90 - an, tiada lagi jambatan pada ketika itu. So kena naik feri dan memakan masa yang agak lama untuk menunggu dan menyeberangi sungai tersebut. Jika air sungai deras maka perkhidmatan feri ditangguh sehingga air reda. Kini, sudah mempunyai jambatan kukuh. Tidak perlu tunggu lagi.
Sempadan daerah Lahad Datu dan Kinabatangan (Sandakan) terdapat satu pekan kecil yang dipanggil Paris. Dahulunya dikenali sebagai Kampung Paris. Bermula dari kampung, ia berkembang menjadi sebuah pekan. Malah ia sebagai pusat perhentian antara dua daerah. Setelah melalui kawasan nie, kita akan menemui bandar Kinabatangan. Sama juga macam Paris. Dari pekan kecil ke bandar kecil. Ia juga merupakan pusat perhentian antara daerah.
Kemudian akan menemui satu daerah yang dipanggil Sukau. Tetapi ia terletak jauh dari lebuhraya Lahad Datu - Sandakan. Kancil hanya sekali je masuk ke kampung Sukau nie. Disinilah ada Gua Gomantong yang mempunyai cerita lagenda tersendiri. Selepas itu, ada satu tempat yang paling popular dengan udang air tawar, iaitu kampung Sagulid. Bagi yang balik ke Kota Kinabalu atas sebaliknya, mereka pasti akan singgah ke sini.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
21 comments:
KA x pernah ke sana lagi! hehe
cam best kan highway tu..siap lalu kat sungai yang best tu..belom penah sampai lagi sana ;)
h/way ni milik kerajaan atau swasta, cikgu?
xpnh sampai lg,dok cuba imagine..hehee.wah mmg nama paris ye...
terlalu banyak baca cerita2 ttg negeri Sabah ni buat rasa teringin nak pergi sana la..nak tengok sendiri :)
nak pergi paris!!!haha.kat malaysia je paris rupanya..:-P
Wahhh...jalan-jalan singgah ke sini cari jalan...^_^
bila agaknya dpt hamba ke sana ek..huhu
assalamualaikum kancil...mama pun x pernah sampai lg ke sana...:)
paris..... best nyer...tak perlu berbelanja mahal utk kesana..... he3... kota cinta malaysia....
Kesuma :
ada rezeki akan datang ke sini juga tu
QasehnyaRania :
ada rezeki akan datang ke sini juga
baguznet :
milik kerajaan
Aishah :
memang namanya Paris
Dylla :
hehehe...manataw ada jodohmu di sini
Anak Wak Mail :
jomlah ke sini
Cik Zai :
terima kasih
3no :
ada rezeki akan datang ke sini
Maszull :
Waalaikumsalam mama...kalau ada rezeki datanglah ke sini
Remy :
dia bandar kecil je
ala..saya dah selalu dah lalu kt ctu pemandangannya hampir sume klapa sawit...hihi
Post a Comment