Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Memang seronok kalau kita melihat gelagat anak murid kita bermain bola sepak. Pelbagai gaya dan gelagat yang mereka lakukan di atas padang. Alhamdulillah, sepanjang perlawanan tiada kecederaan berlaku walaupun di awal pagi, hujan turun dengan lebatnya. Padang basah dan dipenuhi air hujan.
Sebenarnya, ini merupakan perlawanan akhir antara rumah sukan Merah dan Kuning sempena perlancaran program 1 Murid 1 Sukan. Hanya 4 pasukan yang bertanding. Dan jangan terkejut kalau Kancil katakan bilangan peserta bagi satu pasukan adalah 15 orang. Bermakna ada 30 orang berada di atas padang dalam satu masa. Kancil masa nie jadi penonton...
Memang seronok tengok mereka bermain. Walaupun ramai namun persembahan mereka cukup menarik. Lebih - lebih lagi ada di antara mereka wakil sekolah pasukan bola sepak. Dalam perlawanan akhir nie, pasukan Merah mengalahkan lawan mereka dengan jaringan gol 6 berbalas kosong. Tahniah kepada mereka.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
17 comments:
dkna pernah tengok perlawanan bola sepak wanita..ganas! :)
oooo jd penonton ..sy ingat Kancil jd Ref
ramainyer kancil....sampai 30 org atas padang...tu belum lagi yg kat luar padang...... he3..mesti berebut beramai2......
MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA..
bukan main semangat lg semuanya..
seronok kan jadi cikgu ni :)
assalamualaikum kancil...betul la seronok juga kalau dpt tengok budak2 sekolah ni bermain bola sepak...:)
seronoklah pelajar main beramai-ramai
Adylia :
hehehe...memang ganas..beza lelaki kalau bermain
Khairul :
rakan tu ndak mahu bagi Kancil...hehehe
Remy :
memang lucu melihat gelagat mereka
Fairus :
betul tu
MizzTina :
betul tu
Mrs Eady :
dalam sesuatu bab memang seronok..ada juga ndak seronok bila budak cedera...
Maszull :
Waalaikumsalam mama...betul tu..
3no :
betullah tu...
Teringat zaman sekolah dulu haha.
Post a Comment