Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Hai semua! Lama benar Kancil menyepi. Sepi kerana pelbagai kerja yang perlu dilaksanakan. Biasalah kerja guru. Ada sahaja program yang mesti dilaksanakan. Kalau bukan dari sekolah, dari pejabat, dari jabatan hinggalah kementerian. Banyak ooo...sampai kerja mengajar pun dah kurang. Bebudak lagi suka, ndak masuk kelas.
Apapun tulah rutin harian guru. Minggu lalu, Kancil sibuk dengan program Klinik UPSR. Seramai 147 orang murid menyertai program tersebut dan Kancil terlibat dalam program tersebut sebagai penceramah motivasi. Alhamdulillah, objektif tercapai dan ada perubahan sikap di kalangan murid.
Kebetulan, senamrobik 1 Murid 1 Sukan serentak dalam minggu klinik UPSR. Sekali lagi Kancil diberi amanah untuk mengetuai senaman tersebut. Ini merupakan kali keempat bagi Kancil mengetuai senamrobik sekolah. Kira tetap dan berpencen. Memang seronok dapat bersenam di awal pagi. Lebih - lebih lagi disaksikan oleh murid - murid sendiri. Gaya senaman berlainan dari yang lain. Kancil dah belajar dua minggu sebelum acara pada hari tersebut.
Sabtu lalu, sekolah telah mengadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring sempena 1 Murid 1 Sukan. Penyertaan murid amat menggalakkan. Seramai 128 orang yang menyertai. Tahun 6 terpaksa dikecualikan kerana mereka ada kelas tambahan. Tulah sebahagian acara yang berlansung di sekolah Kancil. Bulan depan bulan kemerdekaan. Ada lagi aktiviti berlansung.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
37 comments:
Kakak sangat prihatin dgn cikgu-cikgu sekarang. Nampak tugasan memang amat mencabar kerana bukan mendidik pada akademi saja tapi sahsiah diri murid-murid pun diambil kira. Tahniah cikgu sibuk-sibuk pun semunya ada saham akhirat..
Sibuknya cikgu kancil..byk tnggungjwb cikgu ni..
teringat zaman sekolah dulu.. paling suka time sukan.. ;)
busynya cikgu kancil nie......
takpe kancil, kiteorg setia kat sini...... jlnkan amanah terhadap negara dahulu......
welcome back!
busyyyyy sangat jadi cikgu. Selamat pagiiii cikgu! :p
selamat kembali ;p
tak pe... cikgu yang prihatin untuk anak2x muridnya... tinggalkan blog sebab ada yang lebih penting yee...
assalamualaikum kancil....yer la lama x berblogging...x apa kancil tugas yg penting kenalah didahulukn...:)
bznye kancil.. its ok dahulu kan yang ptg k... slm ramadhan... :-)
budak-budak mesti sangat seronok sebab pelbagai aktiviti yang mereka dapat join. teringat zaman kanak-kanak dl. best ye~
WELCOME BACK CIKGU...
memang sangat sepi sahabat Kancil..huhu..agak lama hamba nantikan nukilan baru tuan hamba
Tahniah cikgu kerana menjadi pilihan org kepercayaan untuk xtvt sekolah
TAKPE.. DULUKAN YANG MANA PENTING UMM... AKU PUN KALAU BANYAK KERJA, BLOG TAK DIJENGUK..
bila dah sibuk macam tulah . Namun pasti ada masa tu. Kekadang rasa lazy nak online. Bila hilang mood nak menulispun on air tak lalu juga buka blog.Selamat menmyambut ramadhan ya
Selamat pagi cikgu!
Rasa memang kalau budak sekolah satu dunia kalau aktiviti berkaitan senaman mesti akan jadi excited.
Teringat zaman sekolah dulu :)
is pun dah lama xsinggah ke sini.. salam ramadhan ye kancil
da berubah wajah blog cikgu yer.. hehe
takde ke gmbr senam robik. hee. ;)
Kakzakie :
terima kasih...kancil menghargai kata2 kakak
teratak hati :
alhamdulillah...
aizamia3 :
hehehe...masa yang free
remy :
terima kasih
dee :
selamat pagi...terima kasih
Adylia :
terima kasih
Kazman :
terima kasih....
Maszull :
Waalaikumslaam mama...
terima kasih
Pn. Sheila :
terima kasih Puan
dhiera :
betul tu...
Ain1914 :
terima kasih
3no :
terima kasih menghargai sahabat...:)
baguznet :
terima kasih
etuza :
betul tu...salam ramadhan juga
Arham Md Ali :
terima kasih...:)
eeiyss :
salam ramadhan...
Nafisya :
terima kasih ...selamat kembali
9n0L4 :
hehehe...nanti diuplaod
Post a Comment