Rakan Blogger

Monday, September 3, 2012

Bateri Sel Kering

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Awal pagi tadi Kancil maklumkan bahawa kereta Kancil ndak boleh start disebabkan bateri dah lemah. Memang dah 3 tahun menggunakannya, so kena beli yang baharu. Disebabkan itu, Kancil telah menumpang kereta dengan guru lain dari sekolah yang lain untuk hantar Kancil ke sekolah.

Ramai juga rakan guru bertanya mengenai kereta Kancil...ada yang rasa terkejut. Bab orangnya ada tapi keretanya tiada. Hehehe...memang dikenal bila orang pertama datang ke sekolah setiap hari. Dalam kesibukan mereka bertanya mengenai kereta Kancil, Kancil meminta tolong dengan seorang rakan untuk temankan Kancil membeli bateri sel kering baharu.

Memandangkan Kancil orang baru di Tawau...banyak tempat Kancil ndak biasa lagi. Hehehe...baru 2 tahun bah Kancil di sini. So, rakan Kancil tunjukkan kedai yang biasa beliau berurusan untuk membeli peralatan kereta. Tempatnya di Batu 3, Jalan Apas Tawau. Bagi orang Tawau, tempat nie memang popular. Macam pusat bengkel kereta kalau di sini. Pilih je bengkel yang mana satu.

Kancil berurusan dengan seorang wanita. Bertanyakan harga bateri sel kering. Tawar menawar berlaku. Akhirnya bersetuju...RM 190 harga...kalau sel basah lagi murah...Namun Kancil lebih berminat menggunakan sel kering. Selesai membeli terus ke rumah di batu 2. Dengan berpakaian formal kami menukang bateri kereta. Hehehe...Dah pasang, terus start enjin kereta. Alhamdulillah...macam baharu. Hehehe...terima kasih banyak kepada rakan Kancil

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

28 comments:

nuranne said...

Batu 3 mmg tempatnya cikgu. Ngam juga lah cikgu tanya and minta teman dgn org local, supaya senang urusan.

Unknown said...

betul tu kancil... remy pun prefer batery kering.... tak payah nak check air batery.... biar mahal sedikit tapi memudahkan dan lebih tahan lama....

Abu Bagi said...

2 tahun.. lama bah sudah tu cikgu.. masak ndak tau lagi hehehe..

bah yg penting blh sudah jalan.. ndak sudah orng heran ada orangnya tapi keretanya ndak da.. :)

dee said...

ndak tau pasal kereta. kekeke.. selamat ke sekolah! :)

miss yatie said...

KY pun suka guna bateri kering,

fairus said...

BATERI MEMANG MAHAL SEKARANG BRO..

3no gr33ny said...

tak sempat tukar baju dulu tu..hehe..sayang kereta ek sahabat =)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah..berjaya sudah hidup si kancil itu..hehe

dah saapan ke ciokgu, meh sini nk belanja mkn kek pisang..hehe

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/dapat-jemputan-ke.html

Kayu Manis said...

boleh start ..lega..kan

Aien Not Alien said...

terus bertukang dengan baju formal ek..hehe. dah boleh start memang lega.

Unknown said...

memang macam tu sel kering kata yg biasa saya dengar " pakai buang" ratusan harga..saya dah alaminya

Everything's Everythings said...

Oh baru ada gaya kan? bertukang dgn baju formal xD

Alhamdulillah dapat start kancil tu

maszull said...

assalamualaikum kancil...kereta mama pun hari tu baru juga tukar bateri ...biasa nyer bateri kering ni senang sikit kan...:)

Anonymous said...

KA pown prefer yg kering senang & mudah

Kancil 8349 said...

SimplySeoul :

tulah bah...nasib baik dapat kawan yang baik...:)

Kancil 8349 said...

Remy :

betul tu...kengkawan dulu pernah cadangkan macam tu...katanya mudah

Kancil 8349 said...

Ash Give :

memang tahun tapi yakin boleh bertahan beberapa bulan...ndak sangka awal sangat buat hal...hehehe

Kancil 8349 said...

Dee :

mesti tahu...sebab ia satu keperluan..

terima kasih

Kancil 8349 said...

KY :

samalah kita

Kancil 8349 said...

Fairus :

betul tu geng

Kancil 8349 said...

3no :

takut ada masalah lain...tu main cuba je...

Kancil 8349 said...

QasehnyaRania :

betul tu..syukur

Kancil 8349 said...

Knor :

alhamdulillah

Kancil 8349 said...

Aien Alien :

ndak sedap hati jika ndak selesai...

Kancil 8349 said...

etuza :

hehehe...betul tu

Kancil 8349 said...

Everything :

hehehe...lupa namun tulah keadaan sebenar

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama...betul tu..senang

Kancil 8349 said...

Kesuma Angsana :

betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...