Rakan Blogger

Wednesday, September 12, 2012

Istimewanya Sekolah Luar Bandar

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Bila kita bercerita mengenai sekolah luar bandar, pasti tergambar di benak fikiran kita mengenai struktur bangunan dan kemudahan yang terdapat di dalam sekolah tersebut. Bangunan papan yang tidak kukuh, dinding sekolah yang berlubang, meja dan kerusi yang tidak elok dan sebagainya.

Namun, tidak semua sekolah di luar bandar terlalu daif. Malah ada yang lebih selesa berbanding dengan sekolah bandar. Unsur tekanan langsung tidak terasa di kawasan sekolah ini. Dibantu oleh sekeliling yang nyaman dan menyegarkan. Kalau ndak percaya, sekali sekala datanglah ke sekolah luar bandar. Kancil percaya ada banyak bezanya.

Walaupun dari segi kemudahan kurang namun guru - guru ada yang berusaha untuk menghapuskan kelemahan tersebut. Yang lebih seronok apabila kita mendapat kerjasama daripada ibu bapa di kawasan tersebut. Memang seronok dan memang baik. Makanan...susah nak digambar betapa lazat dan enaknya. Segar dari ladang orang kata. Memang Kancil sukakan suasana tersebut...

Selain itu, murid - muridnya masih lagi ada rasa hormat dan ini amat menyenangkan hati  semua guru. Mereka ringan tulang, mesra dan mengetahui had antara murid dan guru. Kalau di bandar, hmmm...susah nak cakap....bukan tidak diajar dan dinasihati...tapi macam mencurah air ke daun keladi...Mungkin kerana mak bapa mereka orang yang senang dan apa yang mereka inginkan, mereka akan dapat...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

9 comments:

fairus said...

TERINGAT MASA SEKOLAH RENDAH DULU.. SEKOLAH AKU SEKOLAH PAPAN JUGAK..

Anonymous said...

mmg berbeza sgt2 sikap murid2 di bandar & luar bandar

Unknown said...

remy pun sekolah luar bandar jugak kecik2 dulu...... nyaman dan tenang....

Jahirah said...

saya pun sama dulu sekolah luar bandar...tp sekarang budak2 yg terdedah dgn teknplogi ni lain perangainya....

Kayu Manis said...

dulu ye,di luar bandar anak2 dgr ckp,tapi skrg anak2 bandar cerdik sgt.

ibubapalah yg menjadikan anak2 itu baik atau sebaliknya.

maszull said...

assalamualaikum kancil....memang bayak perbezaan nyer ....tugas tu terletak di tgn ibu bapa bagaimana mahu mendidik anak2 mereka...:)

QasehnyaRania said...

singgah petang..ya betol sekolah luar bandar nyaman...

sikap anak murid bergantung pada mereka diajar...

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/berminat-dengan-sukun-jom-tengok.html

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen...betul tu...semua pada ibu bapa dan bukan guru2nya..tapi sekarang guru2 yang ambil alih tugas ibu bapa

Unknown said...

Saya tinggal dikawasan taman perumahan & bandar oleh kerana tiada kekosongan untuk tahun 1 2018, anak saya telah ditempatkan disekolah luar bandar iaitu diperkampungan kejiranan lain yang dikelilingi hutan & pokok getah..Kecil saja sekolah tu. Niat saya nak tukar sekolah,tapi jadi keliru pula samada nak buat rayuan pertukaran sekolah yang terletak dikawasan bandar & lebih maju atau meneruskan sahaja persekolahan anak saya disekolah terbabit selepas membaca blog cikgu...buntu !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...