Rakan Blogger

Tuesday, September 11, 2012

Jalan - Jalan Ke SK Melati, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari minggu lalu, Kancil bawa keluarga Kancil berjalan - jalan ke kawasan Merotai, Tawau. Tujuan sebenar ingin mengetahui kedudukan sebenar SK Melati. Walaupun ada rakan yang mencadangkan pada hari Isnin, namun Kancil tetap pergi pada hari tersebut. Supaya ndak kelam kabut pada hari Isnin.

Sekolah ini terletak di kawasan Ladang Merotai Disivion Melati, selepas Kampung Haji Matahir menuju ke Merotai Besar. Lebih kurang 22 km dari bandar Tawau kalau nak ke sekolah ini. Jalan rayanya macam biasa, ndak miss kalau tiada lori sebab nama kawasan ladang kelapa sawit. Memang penuh dengan lori - lori minyak.

Sekolah nie, kecil sahaja. Bilangan guru dan murid pun ndak ramai. Bersebelahan sekolah ada Surau dan di hadapan sekolah ada beberapa kedai runcit. Memula tiba di sekolah nie, sedikit teruja kerana pemandangan yang nyaman dan indah. Amat penting sunyi dan tiada bunyi bising walaupun di belakang sekolah ada perumahan pekerja.

Mempunyai dua bangunan sekolah, satu bangunan utama yang menempatkan pusat pentadbiran, pusat sumber, bilik akses, bilik pemulihan khas dan bilik kelas tahun 6. Manakala bangunan lain menempatkan kelas tahun 1 hingga tahun 5. Bilangan murid yang mengambil peperiksaan UPSR hanya 16 orang. Ndak ramai kan...

Jom kita lihat sekitar kawasan sekolah yang sempat Kancil ambil semasa berada di kawasan Ladang Merotai Division Melati ;



Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

16 comments:

Everything's Everythings said...

wahh 16 org je ke.. tak besar sgt pun sekolah dia eh

Pen Biru said...

seronok tengok sekolah cmni..tenang dan aman

Unknown said...

tenang dan tenteram.....
sikit nyer kancil student yg ambil exams tu.... 16 org jer....
tentu boleh beri tumpuan penuh dlm kelas.....

Izwa Kamaruddin said...

aman je tempat nie..

Dkna Abza said...

suasana kampung :)

QasehnyaRania said...

singgah sini..done maxis =)

miss yatie said...

tak ramailahkan, pelajarnya...

Anonymous said...

pindah sek baru ke? huhu!

fairus said...

SEKOLAH YANG KECIL SEPATUTNYA DAPAT DIBERIKAN TUMPUAN YANG LEBIH KEPADA PELAJAR...

Cikgu Ma said...

rindu plak dengan skolah...bila la nak posting

ஜ miss klanika ஜ said...

nanti ke sekolah di tuaran sabah pulak ye cikgu

EmpayarUtama said...

Uih terkenang sekolah kebangsaan saya dulu, sekarang dah tak ada sebab sekolah menengah di sebelahnya ambil untuk pembesaran sekolah menengah. Masa tu tak ingat nak ambik gambar buat kenang-kenangan :(

Unknown said...

dapatlah jg share panorama sekolah di Tawau tu..tenang saja .

maszull said...

assalamualaikum kancil...nyaman jer bila tengok gambar sekolah ni...:)

Kancil 8349 said...

terima kasih kepada semua rakan blogger kerana sudi komen di entri kancil

muadz said...

Sya adalah bekas anak burut, Walaupun skrang sya sudah di indon dan hampir 15 tahun lamanya sya meninggalkan kmpung burut tetapi kenangan semasa tinggl disna dlu tdk akan pernah trlupakan krna disanalah sya dilahirkan dan sekolah sk melati adalah tempat dimana saya mendapat pendidikan awal.terima kasih kancil kerana sudah share tentang kmpung burut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...