Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Gambar di atas merupakan program Guru Penyayang yang dilaksanakan oleh setiap sekolah di Malaysia. Dalam program nie, murid - murid yang menyambut hari jadi dalam bulan tertentu sebagai contoh bulan Ogos akan dikumpulkan dan diraihkan bersama - sama di hadapan rakan - rakan mereka.
Lain sekolah lain caranya. So inilah cara sekolah Kancil melaksanakan program tersebut. Kancil yang bertanggungjawab untuk senaraikan nama murid - murid yang menyambut hari jadi dalam bulan - bulan tersebut. Kemudian, akan memanggil mereka ke hadapan semasa perhimpunan atau selepas SEMAI. Mereka kemudiannya diraihkan.
Sumber kewangan untuk membeli kek dan hadiah kecil adalah dari duit yang dijumpa oleh murid - murid sekolah. Duit tu dijumpa di dalam sekolah je. Untuk makluman, duit yang digunakan nie adalah duit yang mana tiada yang menuntut. So, ia balik kepada murid juga. Apapun, majlis ini mestilah diacuh mengikut keadaan supaya tiada kebosanan dikalangan murid.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
27 comments:
cikgu.. dah lama anak muridmu ini tak singgah kat sini..
cikgu tak carik ke.. ? biasakan kalau anak murid tak masuk cikgu carik.. kihkihkih..
SESEKALI CIKGU LE BELANJA KEK PULAK..
assalamualaikum kancil...wah !! pasti seronok sambut harijadi ramai2...:)
bagus sangat amalan ni kan ,, boleh mengeratkan antara satu sama lain . murid2 pun mesti suka .. kat ofis fiza pun buat macam ni jugak .. setiap bulan waktu perhimpunan .. akan raikan harijadi pegawai bulan tu :)
walaupun sekadar sepotong kek yg dikongsi kancil...ia tetap jadi satu kenangan yg manis buat pelajar terbabit.....
teruskan usaha kancil ya....
waaa..
bagus ler ada mcm nie..
nk masuk skolah balik r cmnie.
hehe
bagusnya..patut diaplikasi di semua sekolah..budak pun eksaited kan bila buat mcm ni..
iya la...dulu masa sekolah selalu juga berlaku kes duit tak dituntut ni...pihak sekolah simpan je dalam tabung. baguslah sekolah kancil alirkan duit kembali kepada pelajar dengan cara sebegini...
lupa pula..semua sekolah dah buat macam ni ke? atau sekolah kancil je? berminat nak tahu...kot kot ini cara baru untuk semua sekolah..hehe
bagusnya macam tu...sambut besday murid2,mereka rasa lebih dihargai...:)
bagusnya macam tu...sambut besday murid2,mereka rasa lebih dihargai...:)
bestnye kalau setiap sekolah buat benda yg sama.. tp sya dulu ada juga tp dalam kelas je.. :)
memang meriah la murid2x tu bila time dekat2x nak hari jadinya... mesti rajin dtg sekolah... heee3x
bagusnyer, mesti seronok anak2 murid tu ye
Aizamia3 :
hehehe..bukan ndak cari...mencari...:)
Fairus :
tiap2 bulan bah program nie kena buat
Maszull :
Waalaikumsalam mama...memang seronok..
Fizafantagiro :
betul tu..supaya menganggap sekolah rumah kedua mereka
Remy :
betul tu...mereka akan rasa dihargai
Shark :
hehehe..jomlah
Rai :
cadangan daripada kementerian
Aien :
betul tu...memang semua sekolah buat macam tu..ia arahan daripada kementerian
Aishah :
semoga mereka dihargai
Queen :
kancil rasa semua sekolah sudah buat
Kazman :
tulah yang diharapkan
Kesuma :
mestilah
bestnya celebrate sama2kan..
done ur churp2..=)
Post a Comment