Rakan Blogger

Sunday, September 16, 2012

Kes Letak Kenderaan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari Sabtu kemarin, Kancil ndak dapat hadir ke sekolah kerana kawasan kampung Kancil tinggal ditenggelami air banjir. Seawal 2.30 pagi, air mula naik. Mulalah riuh orang kampung menjerit jiran tetangga untuk mengalihkan kenderaan di bawah rumah masing - masing. Kancil dikejutkan oleh mertua perempuan Kancil untuk alihkan kenderaan kerana air mula naik.

Bila turun ke bawah, Kancil sudah melihat sebuah kereta proton menghalang laluan keluar di depan pagar rumah. Nie kes ndak berakal...Macam mana mahu keluar. Namun, Kancil tenangkan perasaan. Jika air naik sampai paras lulut...mahu tidak mahu kereta tersebut akan dipecahkan cerminnya...supaya senang kereta Kancil keluar. Alhamdulillah...air banjir ndak tinggi hanya paras buku lali.

Disebabkan berjaga dari pukul 3 pagi...Kancil tertidur hingga terlupa untuk ke sekolah. Sedar pun sudah pukul 11 pagi. Tu pun badan sudah panas. Tentunya deman akan datang. Namun, Kancil tetap gagahkan diri untuk menyiapkan kerja yang akan dibawa ke minggu depan. Jika tidak dibuat dalam dua hari nie...maka program tersebut akan terganggu. Nie akan menyusahkan pihak lain. Lagi pun anjuran nie bukan peringkat sekolah tetapi peringkat negeri.

Berbalik pasal kereta proton tu...memanglah Kancil geram dan mungkin rakan blogger pun sakit hati. Tu nasib banjir..airnya ndak naik laju...kalau kebakaran, macam mana tu...memang ndak berakal bah pemilik kenderaan tersebut. Mahu je Kancil paparkan no plat dia...Ndak sempat Kancil jumpa pemiliknya sebab terlalu penat menjaga. Nanti ada kes seperti di Tanjung Batu Tawau..di mana kenderaan tersebut rosak dikerjakan orang kampung kerana meletak keretanya di depan pintu pagar orang.

Kalau minta izin mungkin orang kampung ndak marah tetapi main sedap je dia letak kereta. Akibatnya, kereta orang tersebut dipecahkan kesemua cerminnya dan ditolak di parit. Siapa yang rugi...sendiri yang tanggung. Mahu je Kancil buat macam tu...sebagai pengajaran namun kena sabar. Lagi satu pemilik kenderaan tu orang kampung yang sama juga. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

38 comments:

sue perbs.. said...

tu la masalah nye bila org pentingkan diri sndiri saje.. krn dia org lain susah..

Unknown said...

payah jugak kan org x reti bahasa ni...klu tegur masam muka pulak.


http://gilamodified.blogspot.com/2012/09/3-open-house-1-drift-show.html

miss yatie said...

itulah, kadang2 manusia nak buat sesuatu, tak fikir masak2, yg penting lepas dia..eeemmmm

cepat2 makan ubat ye

dee said...

uittt... camtu pun ada?

Unknown said...

nasib baik banjir tak teruk... kalau tak susah jugak kancil nak bersihkan.....
jgn lupa mkn ubat kancil..take a good rest ...pasal kereta tu..... kena jumpa pemiliknya....ckp apa yg perlu...takut trajedi berulang....tak pasal2 kena pecah nanti.....

ஜ miss klanika ஜ said...

kena pikir orang lain jugak la . apa la buat gitu parkir suka hari.

maszull said...

assalamualaikum kancil...memang geram jika ada org yg macam ni kan...:)

fairus said...

SABAR UMRAH.. SABAR.. ELOK JUMPA TUAN PUNYA KERETA DAN NASIHATKAN AGAR TIDAK LAGI PARKIR BEGITU.. AKAN MENYUSAHKAN SEMASA ADA KECEMASAN..

Anonymous said...

jaga diri, moga cepat sembuh yek

baguznet said...

insiden yg hampir serupa ada juga berlaku pada saya dan mmg saya terasa panas juga... spt kata cikgu, yg menjadi isu utama jika berlaku kecemasan...

Aimacomel said...

pentingkan diri pastu sendiri yg rugi kan,

Everything's Everythings said...

tu la mereka ni kadang2 tak concern bena sebegini, ikut pikiran mereka sendiri je.. nak ajar mereka ni susah kan ^^
thanks mengingatkan..

Dylla Abas said...

kdg2 org memang suka ambil mudah hal2 macam ni tanpa memikirkan kepentingan org lain..

Unknown said...

Salam kancil.. Kalau Queen pun paling marah kalau org parking depan rumah tanpa memberitahu.. menghalang laluan kita nak keluar dari umah.. Queen pun pernah hadapi kes mcm ni.. waktu tu pulang dari kerja.. hujan turun dgn sgt lebatnya,, bila smp depan rumah ada plak kereta siapa yg parking depan pagar.. sudahlah kita ada anak kecil masa tu umur Ammar belum pun setahun.. terpaksalah bawa anak masuk ke rumah berlari guna payung.. guna payung pun kalau hujan lebat angin kuat basah jugakan? mmg sakit hati..

dwatyKNY said...

dia ndak tinggalkan no phone ka??? ishhhh... masalah tul... pentingkan diri....

Unknown said...

kalau di sini tinggal kat kawasan rumah flat selalu jadi kes letak kenderaan sesuka hati.. kalau nak letak kenderaan tu jgn naikkan handbrake..sekurang kurangnya orang boleh alihkan sikit kalau berlaku kecemasan..haih..

QasehnyaRania said...

betul tu..slalunya org mcm tu jenis pentingkan diri sendiri je..ndak pikirkan org lain..

klau kecemasan camna..sendiri pikir=)

AY said...

kuang ajoo nama nyer tuu.

Unknown said...

nilah manusia kancil, hanya kesabaran mampu mengatasi ..nak tak nak bersabar saja, bagus juga kalau pemilik kereta tu terus minta maaf, hati kita Tuhan ja yg tahu, harap2 jangan bergaduhlah ya, pasti selesai jua masalah..

Kancil 8349 said...

Sue :

betul tu..sabar jelah

Kancil 8349 said...

kahirul :

tulah pasal...nie banyak yang ndak belajar memandu nie...

Kancil 8349 said...

KY :

terima kasih...dah sembuh pun..hehehe

Kancil 8349 said...

dee :

memang ada pun...geram

Kancil 8349 said...

Remy :

tulah bah...asal hujan je...kancil ndak sedap tidur

Kancil 8349 said...

miss klanika -

memang geram bila ingat dia je yang ada kereta

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama...betul tu

Kancil 8349 said...

Fairus :

terima kasih geng...tulah bah...tapi ndak sempat jumpa orang tu...penat menjaga malam tu

Kancil 8349 said...

Kesuma :

terima kasih

Kancil 8349 said...

baguznet :

betul tu...geram..

Kancil 8349 said...

baby comel :

betul tu,...masa nie sekat rezeki orang...nanti ada orang sekat rezeki dia

Kancil 8349 said...

Everything :

kekadang mereka yang salah...tapi salahkan orang lain...ndak adil bah

Kancil 8349 said...

Dylla :

betul tu...sabar jelah

Kancil 8349 said...

Queen :

Salam...kesian plak cerita Queen tu...yang susah kita disebabkan mereka nie

Kancil 8349 said...

dwaty :

kalau dia tinggalkan ndak juga kancil marah...nie..langsung ndak ada...

Kancil 8349 said...

Rai :

betul tu...tu kalau orang berfikiran

Kancil 8349 said...

QasehnyaRania :

betul tu

Kancil 8349 said...

Afiq :

sabar jelah

Kancil 8349 said...

Etuza :

terima kasih di atas nasihat cikgu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...