Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama dan bagi Kancil bila kali pertama memang susah nak kawal perasaan. Walaupun sebenarnya sudah biasa namun perasaan gementar tetap ada. Seawal 8.10 pagi, Kancil bergerak menuju ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Tawau yang terletak di Taman Ria. Jaraknya lebih kurang 5 kilometer dari sekolah Kancil.
Tiba di pintu utama, Kancil terus menghubungi rakan sejawatan di dalam sekolah tersebut. Sementara menanti kedatangannya, Kancil sempat memerhati kawasan sekolah dari luar. Menarik dan cantik walaupun memiliki bangunan papan. (ndak sempat ambil gambar) Setelah meminta izin daripada pengawal keselamatan, kereta Kancil masuk ke dalam sekolah. Di sana rakan Kancil menanti kehadiran Kancil.
Kami terus menuju ke bilik guru sementara menanti masa untuk slot ceramah. Kebetulan mereka membuat jamuan hari raya. So, dapat juga mengisi perut. Namun Kancil kena mengawal perasaan nafsu takut beri kesan nanti. Selesai menjamu selera, Kancil menanti murid - murid tahun 6 di bilik kaunseling sekolah itu. Sekolah ini mempunyai dua sesi dan tentunya ada dua orang guru Kaunseling. Kedua - duanya adalah guru perempuan. Kancil kena tunggu tahun depat baru dapat rakan baru. Tepat 9 pagi, Kancil diminta hadir ke dewan sekolah tersebut. Memang ramai dan memang menakutkan bagi Kancil...cewah...
Berkat doa isteri, rakan - rakan sejawatan, rakan - rakan blogger dan dengan izin Allah, Kancil dapat melaksanakan dengan baik dan berjaya. Penyampaian Kancil memberi kesan positif walaupun pada mulanya agak suram dan sambutan murid kurang. Namun disebabkan biasa menceriakan suasana akhirnya, mereka dapat memberi tumpuan. Kancil amat gembira.
Disebabkan masa tidak mengizinkan, slide show Kancil tidak dapat dihabiskan. Namun sempat Kancil memberi pesan kepada mereka agar menjadi warganegara yang berguna bukan setakat diri sendiri malah keluarga, masyarakat, negara dan agama. Kancil akui, mereka merupakan golongan yang sederhana namun Kancil percaya bahawa mereka dapat mengubah nasib keluarga mereka jika mereka berusaha untuk menjadi insan yang berjaya.
Sebelum melangkah pergi dari sekolah tersebut, murid - murid tahun 6 sekolah itu meluru ke arah Kancil dan meminta kepada Kancil untuk doakan mereka berjaya di dalam peperiksaan UPSR. Terharu gak Kancil, walaupun mereka bukan murid - murid Kancil. Teringat plak masa belajar dulu. Berbeza sangat...Apapun, marilah kita doakan anak - anak bangsa kita nie berjaya di dalam peperiksaan mereka.
Terima Kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
26 comments:
alhamdulillah..akhirnya selesai sudah ye cikgu..boleh tarik nafas panjang2..hehe
http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/rumah-baru-tempat-baru-suasana-baru.html
kita doakan bersama sama kancil.... semoga segala usaha diberkati dan berjaya..... amin
langkah kanan tu cikgu....ada jamuan raya...sama2 kita doakan mereka jd insan yg berguna.insyaallah.
TERBAIK BRO.. SYABAS..
Syabas! ramainya tu..selamat hadapi UPSR buat semua calon UPSR 2012..
tahniah kancil..terbaik tu
tahniah cikgu..semoga anak2 murid cemerlang dlm upsr nanti.
Alhamdulillah...semoga upsr tahun ini boleh cipta sejarah tersendiri
anak saya nk ambik UPSR juga thn ni ..risau betul
yang penting semua berjalan dgn lancar.. pesanan tu yang penting..
wah jadi penceramah sudah cigu kita ni :)
adik bongsu amik upsr tahun ni..harap dia berjaya...
hebatlah sahabat Kancil..hamba juga kena menuntut ilmu dari sahabat ni =)
InshaAlah ;D
Bgus tu bukan senang nak tarik minat budak2 kecil kan? ^^
semoga UPSR mereka semuanya result yg membanggakan, amin
QasehnyaRania :
Alhamdulillah..tulah yang paling gembira...
Remy :
Aamiin...betul tu
Aishah :
Aamiin...alhamdulillah..rezeki
Fairus :
terima kasih bro
etuza :
terima kasih...Aamiin
Knor :
terima kasih
KY :
terima kasih...insya Allah
Khairul :
jangan risau...insya Allah akan dapat juga tu
Ash Give :
hehehe..betul tu...
Cikgu Ma :
Aamiin
3no :
terima kasih...insya Allah
Everything's :
Aamiin...
dah cantik dah bekas sekolah rendah saya nie,cantik pula.
Masa sekolah rendah saya belajar di sekolah ini (1982-1986).. darjah 2 hingga darjah 6. Masa darjah 1 saya di St. Patrick (1981 - sekarang bagunan sekolah tu dah jadi gereja anglican)
Saya menghadapi masa2 sukar semasa mula2 masuk ke sekolah ni sebab masa tu ayah saya baru je meninggal dunia. Namun guru2 kat sekolah ni banyak membantu membentuk siasah diri saya sehingga saya boleh belajar dengan penuh yakin walaupun pada masa itu, sekolah saya ini masih serba kekurangan.
Hari ini saya bangga melihat sekolah ini maju dan semakin berkembang. Tahniah.
Post a Comment