Rakan Blogger

Monday, July 8, 2013

Alhamdulillah Lulus

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Entri hari ini bukan bersikap sombong atau mahu menunjuk nunjuk di atas rezeki yang diberikan namun Kancil ingin berkongsi kegembiraan. Pastinya, ramai yang gembira bila kita dapat berita baik dan ingin sangat berkongsi cerita dengan orang lain. Namun, manusia tetap manusia...pasti ada sifat buruknya. Oleh itu, entri Kancil hari ini sekadar berkongsi kegembiraan.

Setelah berminggu - minggu Kancil menghantar isteri Kancil ke pusat memandu untuk mendapatkan lesen. Akhirnya, beliau lulus dengan cemerlang. Nasihat dan teguran daripada Kancil membuatkan beliau sungguh berhati - hati. Kancil rasa bersyukur kerana isteri Kancil sudah memiliki lesen. Ini memudahkan Kancil juga pada masa hadapan. Memandangkan anak sulung Kancil bersekolah pada tahun depan yang mana berlainan sekolah dengan Kancil.

Pada minggu lalu, Kancil mengambil ujian kejurulatihan senamrobik. Ingat susah sangat mahu buat rupanya sebaliknya. Terima kasih di atas doa rakan - rakan blogger. Akhirnya, Kancil lulus dalam ujian tersebut. Dengan itu, Kancil tidak kekok lagi untuk membuat persembahan senamrobik yang baharu di hadapan murid - murid Kancil lagi. Hari ini, selepas perhimpunan ada program arahan daripada Kementerian. Kancil sudah bersedia. Insya Allah Kancil akan berkongsi cerita mengenainya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : semua guru memakai baju merah sempena program tersebut.

19 comments:

Aisy Nasiha said...

Tahniah buat isteri kancil....seronokla nanti dpt kaki....tahniah bt kancil juga...

maszull said...

assalamualaikum kancil...tahniah2 buat kancil n isteri kerana telah berjaya...:)

fairus said...

DAH BOLEH JADI JURULATIH SENAMROBIK SAMBILAN.. BOLEH BUAT DUIT TU..

blog-tips-kurus said...

ade tak refresh' class?

*fobia le. huhU!

Unknown said...

Alhamdulillah..tahniah kalian berdua..moga dimanfaatkan sebaiknya..:)

Fiza Rahman said...

Tahniah to both of you ☺☺

Unknown said...

congrat..
raya ni ada kerata baru ler jawabnyer :p

miss yatie said...

Alhamdulillah...haaa...semangat dr KY kut haaaa...

Unknown said...

Alhamdulillah.. congrates kancil n wife.. he sy xde lesen lagi whuaa. X thu bila nk ambil

ajax85 said...

tahniah ye

Kayu Manis said...

tahniah utk isteri kancil..lps ni tak payah pening2 kpla dah..nak tunggu kancil jln2..panjang le langkah lpas ni...he~

TAHNIAH JUGA BT CIKGU..SENAMROBIK..

Unknown said...

tahniah buat wife.. lps dpt lesen kena terus memandu kalau tak mmg lesen akan terperap jela nampknya..

Kakzakie Purvit said...

Bagus cara cikgu buat perancangan. Sebelum anak sekolah dah ready dulu. Kalau tak susah nak hantar anak ke sekolah sebab lain sekolah. Tahniah buat isteri cikgu.

mama maman aka yana said...

tahniah buat puan kancil.. pasni ringan la sikit beban tuan kancil yer.. hehe

Anonymous said...

tahniah yer ... !

3no gr33ny said...

ambil lesen kereta untung ambil kursus senmrobik pun untung...dua2 bawa faedah =)

Kancil 8349 said...

terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah kepada kami berdua...dengan adanya dua kenderaan...Kancil tidak bimbang sudah...

Nina Mads said...

tahniah buat isteri..sy baru ambil lesen tp tak test jpj lg..hehe

Unknown said...

tahniah buat isteri kancil...lepas nie sorang satu lah..... kancil bwk avanza...isteri bawak kancil.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...