Rakan Blogger

Monday, July 29, 2013

Asal Usul Bangsa Bajau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil merupakan suku kaum bangsa Bajau di negeri Sabah. Dalam subetnik Ubian dalam katogeri Bajau Laut di daerah Semporna. Di Sabah terdapat dua jenis bangsa Bajau iaitu lebih dikenali sebagai Bajau Darat dan Bajau Laut. Kancil dalam katogeri Bajau Laut. Bajau Darat tertumpu di Pantai Barat Sabah seperti Papar, Tuaran, Putatan dan Kota Belud. Manakala Bajau Laut tertumpu di Kudat, Semporna, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Bajau Darat dikenali sebagai penunggang kuda atau Koboi Sabah dan Bajau Laut dikenali sebagai penyelam terhandal yang boleh menyelam sedalam 15 kaki dan bertahan dalam 10 hingga ke 15 minit di dalam laut. Umum mengetahui bahawa masyarakat ini banyak terdapat di Sabah dan merupakan penduduk pribumi kedua tersebar di Sabah. Sebenarnya, ramai yang mendiami di Kepulauan Filipina Selatan bermula dari Kepulauan Belau (Palau) di sebelah timur hingga ke Kemboja dan Myanmar di Utara dan di Selatan Kalimantan di Indonesia. Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Buka sahaja kamus dewan, ada makna perkataan Bajau itu sendiri.

Tidak hairanlah mengapa Sultan Johor pernah melawat Pulau Omadal di Semporna. Menurut sumber, masyarakat di sana mempunyai hubung kait dengan kerajaan Johor pada masa kini. Selain itu, sumber lain mengatakan bangsa Bajau ini merupakan bangsa yang sama - sama membangunkan Kerajaan Negeri Melayu Melaka semasa pemerintahan Parameswara yang dikenali sebagai Orang Laut. Selepas kejatuhan Melaka, mereka berhijrah ke serata dunia.

Dari segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Ia berbeza dari Bajau Darat dan Bajau Laut. Malah dari segi sosial pun memang berbeza dan menjadikan ia masyarakat unik di bumi Sabah. Kalau di Sabah, bangsa ini dikenali dengan nama Bajau, di Kepulauan Mindanao Badjao dan beberapa wilayah Indonesia dikenali sebagai Badjoe. Hakikatnya bangsa ini satu iaitu Bajau. Di atas faktor sejarah dan penggunaan tulisan jawi di ketiga - tiga wilayah maka sebutannya pun berbeza - beza.

Apa yang Kancil ceritakan di entri ini adalah perkongsian melalui pembacaan buku yang mana Kancil sendiri tidak ingat tajuk dan penulis buku tersebut. Selain itu, dari pengalaman Kancil sendiri. Jika ada yang kurang setuju dengan kenyataan Kancil di dalam entri. Anggaplah ia satu pandangan peribadi Kancil sendiri.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

20 comments:

aksarafendi said...

good info pada pmbaca..

~Sal Ismail~ said...

wah..20 subdialek..
sy suka dengar dialek org sabah..~ =)

Aien Not Alien said...

hanya tahu Bajau ada dua je Bajau Laut & Bajau Darat...tapi tak mendalam sangat macam ni, baru tahu ada subdialek lagi...banyak pula tu. good info kancil :)

3no gr33ny said...

banyaknya dialek..macam mana nak cam ye

Unknown said...

oo..mcm tu ye asal usul owg bajau
banyak jugk ye bahasa dan pertuturan owg bajau ni..

Anonymous said...

tq share yer, bagus tau byk dialek ni !

fairus said...

KAU BOLEH MENYELAM KAT DASAR LAUT SAMPAI 15 MINIT TAK?

Jahirah said...

baca dalam buku etnik ...tp ada yg dah lupa...

Unknown said...

Ohh kancil sendiri bajau laut ye.hehe good info tq :)

Nina Mads said...

zaman parameswara ada menyatakan tntg bajau laut

Kancil 8349 said...

aKSARAfENDI : terima kasih

SaLlijou : terima kasih...tu baru satu bangsa..

Aien : terima kasih

3no : hehehe..nanti Kancil kongsikan

Siti Zahara : sedikit je Kancil cerita

Kesuma : terima kasih

Fairus : ndak sampai geng

Aishah : hehehe...

Sakura : terima kasih

Amanina : dia tidak disebut sebagai bajau...dia dipanggil orang laut

Cik Itah said...

nice info kancill...sy bangsa bajau hihi bajau sama :)

Unknown said...

Yup memang btul........ada megatakan bajau dri johor.....tpi...asal usul bajau nie terkubur dri mn asal usul asli.....

Unknown said...

Ini mitos la ku dengar ..apa bila suku kaum bajau mencium bunga ...tpi aq x tau....bunga apa ?? Tpi bunga tw dri johor ...apa bila org bkn berbangsa bajau wangi bunga itu hilang....tpi kalu suku kaum bajau...mencium bunga itu. Wangi sangat ...itu mitos la ku dengar
?^_^

Unknown said...

Yup memang btul........ada megatakan bajau dri johor.....tpi...asal usul bajau nie terkubur dri mn asal usul asli.....

Anonymous said...

Kancil...ada pertanyaan sikit nie dri aku..aku masih xpaham..bajau laut nie warganegara kew ? Mcm penduduk di kg delima kota kinabalu tu asal dri mana ye ? Aku ada tnye org disitu dorg ckp asal Filipina tp kaum bajau laut...tolong terangkan sang kancil...hamba masih keliru

Kancil 8349 said...

Terima kasih kepada tuan faris, bajau laut nie ada yang warganegara ada yang tiada negara. Yang tiada negara nie telah diperakui oleh UNESCO. Mereka punya negara adalah laut. Mereka berhak duduk dan pergi ke mana2 negara mereka suka. Bajau laut bukan sahaja dari selatan Filipina malah ada juga terdapat di utara Sulawesi. Yang asal dari Filipina itu memang bajau laut. Ada juga di Sabah...dan ada juga dari Indonesia. Seperti Melayu, ada Melayu Malaysia, Melayu Brunei, Melayu Thailand, Melayu Indonesia dan seluruh Melayu yang duduk di sekitar kepulauan nusantara.

Unknown said...

Aku bangga jadi bajau ubian..datang la ke kg ku di lahad datu kampung bakapit semua penduduknya bajau ubian :-) :-) :-)

Unknown said...

Aku bajau ubian...datanglah ke kg pengaraban.Tg. kapor dan Pulau Banggi...senuabya etnik Ubian...

Unknown said...

Aku bajau ubian...datanglah ke kg pengaraban.Tg. kapor dan Pulau Banggi...senuabya etnik Ubian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...