Rakan Blogger

Tuesday, July 2, 2013

Ganti Guru

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Apa khabar semua rakan blogger dan pembaca setia blog Kancil? Harap semuanya sihat walafiat hendaknya ketika mengunjungi blog Kancil ini. Tanpa bantuan kalian, blog ini tidaklah ceria. Sedikit pun yang mengunjungi blog ini, Kancil rasa gembira sekurang - kurangnya ada yang sudi singgah. Terima kasih kepada mereka yang menjadi peminat setia kepada blog Kancil ini.

Kelmarin, Kancil mengganti tempat guru yang ambil CRK. 7 masa mengajar, Kancil mengganti tempatnya. Walaupun pada dasarnya Kancil layak mengganti 2 masa untuk sehari namun susah juga bila pentadbir kita yang mengaturkan masa. Sudah cakap dan tahu peraturannya namun manusia nie suka mencabar peraturan. Bagi Kancil, lebih baik jangan melawan selagi termampu dan menganggap ia sebagai satu peluang untuk beramah mesra dengan murid - murid sekolah

1 masa mengajar tu bersamaan 30 minit. Kekadang, seminggu tu Kancil mengganti sehingga 30 masa. Sedangkan guru biasa mengajar hanya 23 hingga 24 masa seminggu. Tapi kalau difikirkan sangat buat kita tertekan sendiri. Oleh itu, Kancil sentiasa berfikian positif dalam hal ini. Selain itu, Kancil bersemangat apabila murid sendiri datang menemui Kancil dan mengalu - alukan kedatangan Kancil. Setiap Kancil melangkah masuk ke dalam kelas murid - murid pasti bersorak dan bertepuk tangan. Itu yang membuatkan hati Kancil gembira.

Mengapa mereka bersorak? Kerana Kancil sentiasa bercerita yang membuka minda mereka. Membuat aktiviti yang menyeronokkan walaupun ada yang kena rotan. Membawa mereka ke dunia cerita Kancil. Kancil bukan pencerita yang baik namun sentiasa berusaha untuk menarik minat mereka untuk mendengar cerita Kancil. Sentiasa menguji minda mereka, membuatkan mereka sedar siapa mereka sebenarnya. Itu yang menyebabkan mereka senang Kancil ganti guru mereka. 

Setiap kali masuk kelas, otak Kancil berfikir sesuatu yang berkaitan dengan kelas tersebut. Walaupun ada panduan, namun ia bergantung kelas apa yang Kancil masuk. Mengikut tahap mereka masing - masing. Jika, mereka bersikap kurang sopan, pastinya denda dahulu yang Kancil akan kenakan kepada mereka kemudian menyatakan sebab mengapa mereka di denda. Jika ada guru tinggalkan kerja, Kancil akan meminta mereka siapkan di rumah kerana Kancil sendiri ada RPH menggantikan guru tersebut. Semuanya berkaitan dengan motivasi.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

7 comments:

Anonymous said...

susah juga jd guru ganti ni yer. mcm KA lah pangku kerja orng lain ni !

Kayu Manis said...

wah bagusnya cikgu kancil ..terkenang cerita kancil yg bijak tu

Unknown said...

CRK? mcm singkatan shah rukh khan jer... hehehe baguslah kancil selalu gantikan tmpt kwn2... hr ini kita tolong orang, mgkn esok org pula tolong kita...

Nina Mads said...

selamat menjadi tenaga pengajar..mesti seronok ada cikgu yg membuka minda

fairus said...

JADILAH GURU YANG TERBAIK DARI YANG TERBAIK..

Kancil 8349 said...

Kesuma Angsana : kena biasakan diri..supaya ndak pening kepala

Knor : hehehe...terima kasih

Santri : Cuti Rehat Kecemasan bah tu santri...hehehe. terima kasih

Amanina : terima kasih

Fairus : terima kasih geng...sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik

Unknown said...

betul kancil...ganti aje....pasti ada kebaikan nanti.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...