Rakan Blogger

Thursday, July 4, 2013

Jawapan Dari Wordless Wednesday # 62

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Alhamdulillah, Kancil bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memiliki pembaca dan tukang komen walaupun tidak seperti sebelum ini. Ini cukup menggembirakan Kancil kerana mereka (iaitu anda)  ini semangat Kancil dan terima kasih semua.


Lihat pada gambar di atas, ramai tertanya - tanya. Ini merupakan hasil tangan Kancil sendiri. Kancil akui ianya tidak cantik dan banyak perlu diperbaiki. Lagipun Kancil kurang mahir dalam bab lukisan nie. Kancil melukis di papan putih ini untuk mengajar murid tahun 4 bagaimana menghasilkan poster. Bila kita buat contoh, ramailah mengikutnya tanpa timbul pelbagai persoalan. Murid - murid rasa gembira melukis dan meniru apa yang dilihat dihadapan mereka.

Lagipun, ini merupakan salah satu modul bimbingan Kancil di sekolah. Selain bercerita atau ceramah Kancil akan meminta mereka membuat persembahan, pembentangan dan lukisan di dalam kelas. Apapun, terima kasih kepada semua rakan blogger yang mengomen entri Kancil sebelum nie. Seperti The Malay Male kata sape yang kreatif sgt tu...kemungkin dia beranggap murid yang buat walhal gurunya sendiri. 

Kata Knor dan Queen Teratai komen seperti pembentangan sebenar adalah lukisan yang mana murid akan cuba buat poster dan papan putih ini hanya contoh untuk mereka. Komen Santri yang kedua tu betul...ia adalah kempen TIDAK dan murid kena siapkan kerja mereka untuk hasilkan poster tapi ini bukan pertandingan. Kak KY Atie punya komen diluar jangkauan namun bila difikirkan balik macam ada juga bentuk peta...hehehe...akan dibuat aktiviti nanti.

Komen Kesuma Angsana bertanyakan mengenai gambar tersebut dan Kancil sudah jelaskan di awal entri ini dan terima kasih kepada dua orang blogger yang baharu menjadi pembaca setia Kancil Bunda dan Mama Maman...dan untuk sahabat Kancil...Fairus...macam mana kamu tahu ini lukisan Kancil....apapun terima kasih dan Mas Zull...Mama ini lukisan Kancil...hehehe

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

14 comments:

Kakzakie Purvit said...

Jelas sudah tentang lukisan hasil tangan cikgu pada N3 semalam ye..

Anonymous said...

hehehe.. dah namanyer cikgu kan !

ajax85 said...

bertuah anak murid...hehehe

Kayu Manis said...

tekaan akak mmg tersasarlah ye..saje je..dah cikgukan..

Unknown said...

ooo cikgu yg lukis rupanya yer... tula nampak mcm nk buat pembentangan ajer

maszull said...

assalamualaikum kancil...oh yer ke patut la cantik...;)

fairus said...

SEKILAS IKAN DI AIR AKU TAHU JANTAN BETINANYA.. :P

kathy said...

lukisan seorang cikgu memang sentiasa nampak 'cantik' :) teringat masa sekolah dulu bila cikgu suruh buat poster..

Unknown said...

huhuhu tersalah teka semalam...

Sheila Adziz said...

pandainyer kancil lukis... harus murid2 paham kan... erm.. lama sgt x lawat kancil... :)

Myra Jay said...

Asalkan anak murid faham apa yg ingin disampakin dah kira bagus kan :)


p/s : Lama xjenguk sini, KB sihat? :)

Nina Mads said...

cikgu mesti selalu tulis sampai penuh white board..

Kancil 8349 said...

Kakzakie : hehehe...terima kasih

Kesuma : hehehe...terima kasih

Man : terima kasih

Knor : hehehe...terima kasih

Queen : hehehe..bukan

Maszull : Waalaikumsalam...terima kasih...Kancil akui ndak cantik pun...

Fairus : hehehe...terima kasih

Kathy : terima kasih

Santri : ndak mengapa...terima kasih

Pn Sheila : terima kasih kerana kembali ke sini

Myra : terima kasih kerana kembali

Amanina : hehehe...dah kena ajar yang betul

Unknown said...

tetap juga cantik kancil... kalau remy lagi ler tak berseni....keras tangan sungguh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...