Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Gambar di atas adalah tempat mandi di Tampi - Tampi, Semporna. Jika anda sudah melihat filem Duyung lakonan Maya Karin dan Saiful Apek. Inilah tempatnya. Kedalaman airnya sehingga 3 meter. Dan ramai yang suka mandi di sini kerana airnya yang jernih tidak kira dari mana daerah sekali pun. Nak masuk ke dalam ni pun kena bayar sebanyak RM 2 ringgit untuk orang dewasa manakala kanak - kanak RM 1. Harga pelambung untuk disewa ialah RM 5 sahaja.
Di dalam gambar nie, Kancil yang tidak memakai baju. Kancil sedang memerhati anak kedua Kancil yang sedang bermain seorang - seorang. Manakala anak pertama Kancil bersama mak ciknya yang mana dia berada di belakang Kancil. Yang kedua lebih berani berbanding yang pertama. Yang kedua nie siap marah kita kalau pegang pelambungnya. Pelambung nie Kancil beli sendiri. Manakala gambar bayi yang satu lagi tu adalah anak buah Kancil juga.
Yang memegang pelambung bayi tersebut adalah adik Kancil. Beliau bekerja di daerah Semporna. Asal cuti sekolah ke, kami adik beradik dan anak beranak akan mengunjungi tempat ini. Menjadi rutin cuti kami ke sana. Untuk makluman Fairus, Kancil memang bangsa Bajau Laut. Hehehe,..tidak payah lagi mahu teringin dah memang sebati di dalam diri. Kedalaman Kancil menyelam 3 hingga 4 meter sahaja.
Untuk rakan blogger Queen dan Santri, nie tempat berkelah untuk lepaskan diri dari kesibukan kerja pada hujung minggu. Untuk rakan blogger 3no, ini kawasan tempat mandi di daerah Semporna yang paling popular. Hehehe...selepas filem Duyung di pawagam.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
14 comments:
perghh.. best r mandi2..
kalau saya, lepas abis exam, atau kerja2 yang penat.. sy akan ke pantai melawi utk rehatkan badan.. tenang dan nyaman..
sabah best bah!
ada entry terima kasih dari saya.. jom..
http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/jom-blogwalking.html
jangan kata anak2, mak budak pun sama join kalau dapat air.. ;)
Di sini la tempatnya yea. cantik tengok air kat situ. Murah la RM2 sahaja jika nak bandingkan tempat-tempat macam ni di semenajung.
wah menarik sungguh tempat ni yer ! murah lagi tu..
BEST BRO.. MEMANG BEST BRO..
salam kenalan
singgah dn follow..863
dari segmen
http://sekuntumbungazara.blogspot.com/2013/07/sebulan-berblog-by-shakira_16.html
jemputla keblog zara nanti..=)
puasa2 pun beremdam jua ke heee..jangan sampai tertelan air sudah hihi
Seronoknyaa. Air pun jernih je. :)
bestnya.. dlm movie duyung tu air lautnya sangat cantikkan
Wahh. Teringin nk pg, dlm cte duyung tu mmg nmpk cntk sgt
Zul Fattah : memang best...salah satu cara untuk hilangkan tekanan
Mrs Eady : terima kasih
Nurshakira : akan datang ke blog kamu
Aizamia3 : hehehe...betul tu
Pokok : betul...sebenarnya ada lagi tempat free cuma lebih selamat jika ramai orang
Kesuma : betul tu
Fairus : terima kasih
Siti Zahara : terima kasih
KY : sebelum puasa nie gambar diambil...
Aida : betul tu
Amanina : betul tu...
Sakura : hehehe..banyak tempat menarik lagi
assalamualaikum kancil ....seronoknya semua bermandi manda ...:)
Post a Comment