Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Gambar di atas adalah pemandangan dari tepi Kampung Air Semporna yang mana berhadapan dengan Masjid Daerah Semporna. Kancil ambil gambar nie berdekatan dengan Pasar Ikan Besar Daerah Semporna. Jika rakan - rakan blogger dilihat di sudut gambar sebelah kiri ada ternampak kubah kuning. Itulah kubah masjid daerah Semporna.
Dahulunya perkampungan air, akibat terbakar pada tahun 1990. Kini menjadi kawasan perniagaan dan pelabuhan. Perniagaan di kawasan nie seperti restornan, jual ikan bakar, kedai jual peralatan memancing, kedai runcit dan lain - lain lagi. Manakala pelabuhan merupakan pintu masuk ke pulau - pulau di sekitar daerah Semporna terutamanya Pulau Bum Bum, Pulau Larapan, Pulau Bait dan lain - lain.
Jika rakan blogger melihat di tengah gambar tersebut adalah kapal milik Bajau Laut (Pala'u). Bangsa inilah yang boleh belayar ke mana - mana negara tanpa menggunakan pasport. Tanpa halangan imigresen di sesebuah negara. Mereka hidup secara nomad di kawasan perairan di dunia. Ada juga dikalangan mereka tidak beragama. Hidup mereka dan sumber makanan mereka lebih pada laut. Dari sumber yang Kancil percayai, mereka akan mabuk darat bila berada di darat selama 2 jam. Kita plak akan mabuk laut dalam beberapa minit sahaja berada di atas kapal.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
11 comments:
hebat jugak xperlu pasport g mana2..
kira specel ler diorg nie..
DAH AGAK DAH.. MESTI KAT SEMPORNA,..
DAH AGAK DAH.. MESTI KAT SEMPORNA,..
kancil tempat makan yang best kat semporna pls?hehehe
Ooo.untung tak payah guna pasport.
mabuk darat pula..
mmng mereka ni owg lautlah ye..=D
byk betul laut di sana yer sahabat
pertama kali dengar org mabuk darat..x terfikir pulak ya..menarik tu~
Wahh. 1st time dgr tntg bajau laut ^_^!
owh kiranya diaorg xleh dok darat lama2 la ye....waa baru ku tahu..
shark : tulah sebab pasukan jahat kiram dapat masuk dengan mudah...pura - pura macam dorang nie
Fairus : tahniah geng
Nico : Insya Allah Kancil akan kongsikan
Zahara : betul tu
3no : betul tu...hampir 60%
SaLlijou : ada masa datang ke sini
Sakura : ada cerita lagi
Aishag : betul tu..
oo kat situ ker menarik !
Post a Comment