Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Kelmarin, adik - adik Kancil datang menemui Kancil sekeluarga di Tawau. Mereka dari Semporna. Meminta kepada abang mereka belanja makan Pizza Hut. Bagi Kancil, bukan selalu belanja adik sendiri lebih - lebih sudah berkahwin. Gembira dapat berjumpa mereka dan makan bersama. Kancil macam biasa, bercerita mengenai keadaan di kampung. Ada beberapa cerita yang buat Kancil terkilan namun itulah realitinya.
Adik Kancil mengadu mengenai sikap ahli keluarga di kampung. Sikap yang sukar diduga. Memandangkan ibu bapa Kancil ke Umrah, ramailah yang bersikap kurang senang dengan adik beradik Kancil. Kancil sentiasa berkata sabar dan janganlah diberitahu mengenai perkara tersebut pada ibu bapa kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Namun, manusia mana yang boleh tahan diperlakukan demikian.
Ada keluarga yang membuat kenduri arwah tidak menjemput adik Kancil tetapi memberitahu keluarga lain bahawa dia sudah dijemput. Yang tidak bagusnya, mereka menyalahkan adik Kancil bersikap sombong. Tanpa mendengar penjelasan daripada adik Kancil sendiri. Selain itu, sikap sindri menyindir tu yang menyebabkan adik Kancil pun malas untuk ke kenduri keluarga. Rasanya mereka (adik Kancil) lebih suka duduk di ruamh.
Susah kan kalau tiada ibu bapa, keluarga sendiri buat masalah terhadap kita. Nasib je ibu bapa Kancil nie pergi umrah. Kalau lain dari itu...agak - agaknya kami adik beradik dibuat macam manalah ya? Kancil memahami situasi adik Kancil dan sentiasa menasihatinya untuk bersabar. Dulu masa di Kota Kinabalu Kancil pun terkena macam ini. Dahlah kenduri tidak dijemput tetapi kecoh memberitahu sampai ke kampung yang Kancil nie tidak hadir ke majlis kenduri. Apapun lagi manusia yang suka mendengar fitnah orang...terus menghukum kita.
Kekadang, adik - adik Kancil mengadu sikap beberapa orang mak saudara kami. Namun, Kancil menasihati mereka. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Kerana bila mulut kita yang menyampaikannya, kita juga yang salah. Walaupun, nyata dengan bukti gambar. Selain itu, tiada seorang yang akan membantu bila kita berperang dengan orang lain. Anggaplah ia satu pengajaran dan panduan kepada kita kerana Allah sudah tunjukkan kita.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
11 comments:
keadaan keluarga yg mcm tu memnag merimaskan kita, serba tak kena di buatnya kan? tak apalah kita masih ada yg MAHA PENYAYANG, sabar dan berdoa InsyaAllah...pasti ada jalan penyelesaian
keluarga Eza pun penah kena macam ni jugak. agak tersinggung jugak la. tp, apa boleh buat. mulut dorang mana dpt kita nak tutup. lama2 nanti, dorang akan sedar.
porak peranda jadinya...hasad dengki lumrah manusia..
sabar ajelah menghadapi semua ni..ignore je..
doakan diorg semoga harmoni
TAKPELAH UMM.. BIARKAN ORANG BUAT KITA JANGAN KITA BUAT ORANG.. BAK KATA PROF FADHILAH KAMSAH "KALAU ORANG LEMPARKAN KITA TAHI, KITA BERIKANNYA BUNGA"
takpelah.. biarlah mereka nak kata apa.. kita buat je seperti biasa.. lambat-laun nanti mereka sedar dan malu sendiri.. ;)
assalamualaikum kancil...betul tu haru lah jadinya nanti...;)
salam kunjungan balas buat kancil, baguslah kancil buat mcm tu dan nasihatkan adik supaya bykkan bersabar. mgkn Allah nak menguji kita dan ingin memberikan nikmat yg tidak diketahui oleh kita... lagi satu lain orang lainlah ragamnya kan kancil...
harap adik kancil byk bersabar...lumrah manusia kekadang ada yg serasi.... ada yg tak puas hati... apa yg penting...kita lakukan yg terbaik buat mereka.....
bykkan bersabar.. susah nak bercakap sebab berkaitan dengan keluarga sendiri
KY : terima kasih menasihat kak
Eza : betul tu..kita mampu bersabar
Knor : terima kasih
Fairus : betul tu...terima kasih geng
Aizamia3 : betul tu
Maszull : Waalaikumsalam mama...terima kasih
Santri : betul tu..terima kasih
Remy : betul tu
Amanina : terima kasih
bersabarlah byk2 yer, kesabaran itu pasti akan ada ganjarannyer in shaa Allah !
Post a Comment