Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Tepat pada pukul 3 pagi, Kancil bersama isteri bangkit dari tempat tidur dan pergi memasak untuk makan sahur. Seperti biasalah, Kancil menyediakan minuman manakala isteri Kancil menyediakan makanan. Setelah kerja Kancil selesai, Kancil akan buka laptop dan melayari internet. Membaca cerita dan status rakan di FB dan blog. Bila isteri Kancil memanggil, bermakna kami akan makan sahur.
Makan pun ala kadar...dan masa makan pun tidak sama seperti waktu kebiasaan. Selesai makan, Kancil cuci pinggan Kancil. Berehat sambil bersembang dengan isteri mengenai perkara yang berlaku semalam terutamanya pembelajaran anak sulung Kancil. Tepat pada pukul 4 petang, kami kembali tidur. Maka bermula kisah yang menakutkan.
Kancil keluar pergi ke sekolah menggunakan kereta kancil. Entah mengapa tidak sedap hati, Kancil kembali ke rumah. Bila sampai ke rumah...kunci kereta Avanza hilang. Kancil ndak sedap hati dan menuju ke laman rumah. Kereta Avanza hilang....yang mengganti tempatnya kereta Bluebird warna kuning. Pergh....Kancil tanya semua orang di dalam rumah. Jawapannya ada orang pinjam.
Sehingga petang, ia tidak kembali dan Kancil tidak pergi ke sekolah pada hari tersebut. Sedang mundar mandir..Kancil terasa berada di dalam mimpi. Mengapa kereta Avanza boleh hilang sedangkan isteri di rumah? Mengapa keadaan suasana tidak real? Pelik...akhirnya Kancil bangkit dari tidur. Dan terus menuju ke laman rumah dan melihat kereta Avanza masih berada di sana...hehehe..rupanya bermimpi. Akhirnya harii nie Kancil bawa kereta Avanza ke sekolah...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
16 comments:
mimpi mainan tido..insya Allah tak ape-ape ..
itulah dah bangun tido balik heee...
Avanza tu rindukan kancillah...asyik ngna kancil jee..dia pun nak jugak hhihi
hehe..
mimpi nk tukar kereta tue :)
heheheh kadang2 mimpi ni boleh buat pening kepala :)
uikk... avanza tu merajuk ker tu???
assalamualaikum kancil...oh takut avanza hilang rupa2nya yer...;)
APALAH MIMPI KAU NI...
hehehe... seb baik mimpi aje yer !
hehehe seb baik bukan realiti hanya mimpi...
kena tukar nama dah ni... jadi avanza plak... tak pun abang ja... hehehhe...
selamat berpuasa... bestnya duduk tawau... awal buka...
sampai mcm tu sekali mimpi panik kancil ye..... salam ramadhan kancil
nasib baik mimpi je. uish....
huhu biasa la tu ..mainan tidur ..
hehe.. mimpi selalu bermacam-macam.
Mrs Eady : terima kasih
KY : hehehe...betul tu
Shark : dah tukar kereta
Nurshakira : betul tu
Kazman : macam tulah kali
Mas Zull : Waalaikumsalam...macam tulah mama
Fairus : apa boleh buat...
Kesuma : betul tu
Queen : hehehe...harap2 mimpi je
Dwaty : biarlah dengan nama kancil nie
Remy : terima kasih
Nao : betul tu
Arelan : betul tu
Suara Hati : terima kasih
Amanina : betul tu
hee..nasib baik mimpi.. klu tak..boleh nagis tu..XD
Post a Comment