Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Tidak sangka, kita sudah melalui 5 hari berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah! Banyak dugaan yang kita hadapi bukan setakat menjaga makan dan minum tetapi emosi dan tingkahlaku kita juga. Malah ada di antara kita membuat amalan lebih seperti membaca Al Quran dan sebagainya.
Namun tidak kurangnya mereka yang niat talam dua muka terutamanya pergi ke masjid. Memang gembira ramai yang datang mengerjakan solat terawih tetapi bilangan ramai tersebut tidak semua yang mempunyai niat yang betul. Kancil bukan mahu mempersoalkan mereka - mereka semua nie tetapi jika datang ke masjid untuk bersembang atau menemui rakan lebih baik buat di kedai minum.
Jika ingin mencari jodoh bukannya di masjid dan jika ingin mencari masalah bukan juga di masjid. Rata - rata inilah yang terjadi di dalam masjid. Niat ke masjid tetapi bukan mahu bersolat pun. Buat bising dan bercerita. Jika kanak - kanak, tidak mengapa tetapi nie remaja - remaja. Menganggu jemaah lain untuk mengerjakan solat. Malah menjadi ikutan kanak - kanak pula. Kalau solat wajib pula bukan pula dibuat. Pelik?
Namun kesian pada mereka sebenarnya. Kerana cetek ilmu mereka jadi macam begini. Bukan tidak pernah ditegur, pernah tetapi memberi ancaman kepada yang menegur. Kalau bukan rumah dilontar batu ataupun kereta tu dicalar. Generasi sekarang susah mahu ditegur, padahal apa yang mereka buat tu salah. Mungkin lain tempat, lain situasinya. Apapun, bagi ibu bapa yang ada anak. Jagalah anak - anak tu.
Temankan mereka ke masjid bukan ikut dengan rakan - rakan. Bukan kita tahu pun apa mereka buat? Dosa mereka yang kecil masih kita tanggung apatah lagi bila mereka besar nanti. Kita yang bertanggungjawab atas kegagalan kita mendidik mereka menjadi manusia.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
15 comments:
APA KATA KALAU KAU DEKATI MEREKA DAN MEMBERIKAN NASIHAT YANG SEWAJARNYA.. KALAU DIBIARKAN, SAMPAI BILA-BILA PUN AKAN BEGITU..
mula2 mestilah ibu/bapa/penjaga kena mainkan peranan dulu; bermula dari rumah.. :)
niat kena ikhlas untuk berterawih kan?
http://www.nurfuzie.com/2013/07/sesi-spying-omey-cik-en.html
manusia/insan asas dari perkataan 'nasiya' bermaksud lupa..justeru ilmu dan tazkir (peringatan) perlu ada di sekeliling manusia utk menjadi lebih baik dan memandunya pulang ke landasan sebenar hidupnya..
tak kira kecil/muda/tua atau berusia..ilmu perlu digali termasuk ilmu hubungan hati dengan Allah, ikhlas perlu dipupuk..insyaAllah dengan adanya ilmu dan tazkir..kelompok manusia menjadi bertambah baik :)
ada juga org macam ni~
sebenarnya niat ke masjid utk solat dan menyatupadukan umat islam..
betul tu kancil.. disini remaja ada yg pergi terawih dan ada yg bermain mercun.
selamat berpuasa buat kancil sekeluarga :)
kita nak dedahkan anak2 dengan suasana bersolat ramai2 tapi bila ada rakan sebaya yang berbuat bising tak mustahil akan jadi ikutan dan seterusnya timbul perasaan kurang senang bagi orang lain :(
sebaiknya dedahkan solat jemaah bermula dari rumah.. InsyaAllah bila dibawa ke surau atau masjid anak2 dah tahu apa yg boleh & tak boleh dilakukan. ;)
kakak buat terawih kat rumah je...lelaki aje yg ke masjid.
sesekali kami berjemaah
selamat beribadah dan berpuasa ramadhan karim
sukar ditelah niat seseorang tapi walau apa pun..ibubapa perlu mainkan peranan utama selain guru dan masyarakat di sekeliling
Fairus : kalau senang kan bagus masalahnya kita yang kena serang
blog tips kurus : betul tu
eintan : betul tu
Ummu : terima kasih
dhiera : macam tu lah keadaannya
man : betul tu
suara hati : terima kasih
amanina : tulah...terima kasih
aizamia3 : betul tu..sokong
Queen : betul tu
Knor : terima kasih
3no : betul tu
itulah kdg2 kita pun tersepit ditgh2, tegur salah x ditegur kita pulaj rasa bersalah kan !
kalau zaman kanak2 memang itulah niat utama kancil...pi nak lepak ngan kenkawan dan mkn moreh tu...dah besar2 nie... kita buangkanlah sifat2 tu....
iklas setiap apa yg kita lakukan..=)
Post a Comment