Rakan Blogger

Tuesday, June 11, 2013

Juara Bertahan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tahun ini, Kancil telah dilantik sebagai Setiausaha Perkhemahan menggantikan tempat rakan Kancil yang telah berpindah ke sekolah di Papar. Walaupun Kancil sibuk dalam urusan perkhemahan namun tidak terlepas mengurus unit beruniform TKRS. Memang betul, ada ramai guru penasihat di dalam unit ini. Namun, Kancil lebih berminat dan memberi tumpuan sepenuhnya pada unit tersebut. Tahun lalu, Kancil berjaya merebut kejuaraan sebagai Kumpulan Terbaik. Nak tahu jom baca ke entri Terbaik Tunas Kadet Remaja Sekolah

Pada tahun ini, Kancil ingin mengekalkan kejuaraan seperti tahun lalu. Sebulan sebelum perkhemahan, Kancil sudah mengatur latihan kawad kaki. Seramai 20 orang peserta yang mengikuti latihan tersebut. Dilakukan pada setiap minggu pertama dan ketiga. Minggu kedua dan keempat ada hari ko kurikulum. Daripada 20 orang peserta, hanya 15 orang yang bertahan. Yang lain..susah mahu cerita...mereka ada cerita sendiri dan Kancil tidak memaksa mereka.

Latihan giat diteruskan pada hari persekolahan terutamanya sebelum waktu masuk pembelajaran. Kancil akui, ramai yang kritik mengenai usaha Kancil dengan melatih budak dalam keadaan tersebut. Namun, bukan Kancil yang mendapat hasil tetapi murid - murid juga.  Kancil tetap teruskan ditambah sokongan penuh oleh para peserta perkhemahan. Dalam perkhemahan tersebut, ada 4 acara dipertandingkan. Kawad Kaki, Malam Kebudayaan, Ikatan dan Gajet dan Hiasan Makanan. Perkhemahan tersebut telah berlangsung pada 17, 18 dan 19 Mei 2013.

Kancil lebih pada Kawad Kaki...itulah kemahiran Kancil. Namun, tidak mengabaikan yang lain. Ada masa mengajar peserti mengenai ikatan walaupun Kancil sendiri lemah dalam bab ikatan. Mengenai hiasan makanan, guru perempuan kami bercuti kerana mendapat cahaya mata. Untuk makluman rakan blogger, unit TKRS kami hanya ada seorang guru wanita sahaja. Malam Kebudayaan, Unit TKRS terpilih untuk membuat persembahan Pentomen dan temanya adalah Patriotik.

Pada hari kedua, dua acara yang dipertandingkan seperti Hiasan Makanan dan Gajet tidak mendapat tempat. Ini membuatkan Kancil risau namun sememangnya salah Kancil juga tidak mengajar mengenai dua pertandingan tersebut. Pada Malam Kebudayaan, Unit TKRS Kancil yang paling menyerlah dan kami telah dipilih sebagai Johan Malam Kebudayaan. Tapi, ahli Kadet tidak mengetahui perkara tersebut malah Kancil memaklumkan bahawa kami gagal. Kancil memberi semangat dan motivasi kepada semua ahli kadet untuk mengambil tempat pertama dalam pertandingan Kawad Kaki pada keesokan harinya.

Pada hari terakhir, Unit TKRS menjuarai Pertandingan Kawad Kaki buat kali kedua. Tidak sangka, Unit TKRS menjadi kumpulan terbaik dalam perkhemahan tersebut dan salah seorang ahli kadet telah terpilih sebagai peserta terbaik lelaki. Ini bermakna, Unit TKRS masih mengekalkan kejuaraan seperti tahun lalu. Harapan Kancil ingin menjuarai buat kali ketiga dan menebus kekalahan perbarisan pada hari sukan dua tahun lalu. Doakan Kancil berjaya...jom kita lihat beberapa keping gambar mengenai Perkhemahan tersebut ;




 Senaman Pagi dan Taklimat daripada Timbalan Ketua Kem


 Barisan ahli TKRS dan persembahan Kawad Kaki TKRS


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

12 comments:

Lulu Caldina said...

hebat!! tahniah :)

maszull said...

assalamualaikum kancil...tahniah2 yer...:)

Unknown said...

tahniah kancil.. teringat gak masa zaman sekolah sewaktu menyertai unit beruniform.. ;)

fairus said...

TAHNIAHLAH BRO.. BAGUS BUDAK-BUDAK MASUK KADET SEBEGINI.. SEKURANG-KURANGNYA DAPAT MENDISIPLINKAN MEREKA..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah.

3no gr33ny said...

tahniah..pasukan sahabat hebat!

Kancil 8349 said...

Lulu : terima kasih

Mama : Waalaikumsalam mama...terima kasih

Mrs. Eady : terima kasih

Queen : terima kasih...mesti terkenang kisah perkhemahan dulu

Fairus : terima kasih..betul tu..

Pokok Manggis : terima kasih

3no : terima kasih

Unknown said...

tahniah kancil...tak sia sia kancil menjaga dan menguruskannya.....

Anonymous said...

tahniah, berbaloi sgt2 kan.. murid2 berjaya cikgu2 tumpang dpt nama hehehe

miss yatie said...

tahniah kancil, KY masa sekolah dulu tak pernah masuk kawat pun, bila tengok anak2 sekarang berkawat best pulak, tak apalah nanti kancil tolong ajar ye heheee

Kayu Manis said...

tahniah...mesti pandai kawad ni..

Kancil 8349 said...

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...