Rakan Blogger

Monday, June 10, 2013

Kembali Ke Sekolah...Semester Dua 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama juga Kancil menyepi, bukan tiada idea untuk dikongsi cuma kehilangan mood untuk menulis sesuatu walaupun pelbagai aktiviti yang Kancil sertai dalam beberapa minggu sebelum cuti sekolah dan cuti sekolah. Insya Allah, Kancil akan berusaha untuk updatekan selalu blog Kancil sebagai azam pada semester ini.

Seperti, murid-murid sekolah rendah dan menengah yang akan menghadapi peperiksaan umum. Semester ini merupakan semester terdesak bagi mereka untuk membuat persiapan terakhir. Bagi Kancil plak, ini tugas berat yang harus dipikul memastikan kecemerlangan murid-murid di sekolah dalam bidang akademik. 

Semester lalu, Kancil terlalu memberi tumpuan kepada ko kurikulum sehingga mencatat kemenangan yang membanggakan. Atlet dibawah seliaan Kancil sudah berjaya ke peringkat negeri. Perkhemahan sekolah, TKRS masih mengekalkan kejuaraan buat tahun kedua. Berjalan - jalan ke Kota Kinabalu dengan kereta baharu dan banyak lagi. Insya Allah Kancil akan kongsikan. Banyak betul cerita namun mood untuk berkongsi tu hilang...minta maaf kepada semua rakan blogger.

Semester ini, Kancil cuba untuk seimbangkan semua dari segi kerja dan penulisan blog. Semester lalu, lebih pada kerja. Hehehe...kesian dekat blog. Apapun berharap Kancil masih mendapat tempat dikalangan blogger walaupun tidak seaktif dahulu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

8 comments:

fairus said...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..

Kayu Manis said...

sibuk ye cikgu..alhamdulillah

sgt mulia tugas cikgu ni..kalau kita ikhlas.

Anonymous said...

sekejap je rasa 2 minggu cuti tu yer

3no gr33ny said...

hamba sentiasa menunggu nukilan sahabat

Lulu Caldina said...

selamat kembali bertugas kancil!

maszull said...

assalamualaikum kancil...selamat kembali bertugas...;)

Kancil 8349 said...

Fairus : terima kasih geng

Knor : macam tulah kerja seorang guru

Kesuma Angsana : betul tu ndak sedar pun

3no : Kancil amat menghargai kesetiaan 3no

Lulu : terima kasih

Mama : Waalaikumsalam mama...terima kasih

Unknown said...

takpe kancil...kenkawan faham.... tugas yg perlu diutamakan......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...