Rakan Blogger

Thursday, April 7, 2011

Program Motivasi Tahun 6 SKSP, Tawau



Bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan ilmu kepada semua murid tahun 6, program motivasi dilaksanakan. Program ini berlangsung selama 4 hari bermula pada hari Isnin, 4hb April 2011. Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling di samping itu dibantu oleh beberapa orang guru pelatih dari maktab. Bagi saya pula, saya hanya menghadirkan diri dan membantu setakat mana yang boleh saya bantu. Sebab program ini sudah lama dirancang.

Sepanjang program tersebut dilaksanakan, pelbagai aktiviti diberikan untuk memberi kesedaran kepada semua murid tahun 6. Selain itu, memberi pengalaman dan ilmu kepada mereka. Kira, ada usaha pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik murid - muridnya. Sekarang, bergantung kepada usaha sendiri murid tersebut. Jika mereka ingin berjaya ataupun sebaliknya.

Pada hari terakhir program yang tamat pada hari ini, saya sempat memberi sedikit kata - kata perangsang walaupun saya bukan penceramah pilihan mahupun jemputan. Tetapi sekadar berkongsi ilmu. Time inilah saya teringat akan murid - murid di sekolah lama saya. Saya menganggap mereka semua berada di hadapan saya.

Apapun, saya kena terima realiti, tanggungjawab saya sekarang pada sekolah baru saya. Di sekolah lama saya ada yang akan menggantikan tempat saya. Saya berharap mereka akan berjaya sama harapan saya di sekolah baru saya ini. Sepanjang program berlangsung, saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk perhiasan entri saya pada hari ini...hehehe..jom tengok:
















2 comments:

Ce'gu JAERA said...

mesti lagi mencabar dari skbpt tu kan

Kancil 8349 said...

lebih mencabar lagi di SKBPT, sebab kita akan membimbing bebudak yang kurang mementingkan pendidikan di dalam kehidupan mereka berbanding di bandar.....bebudaknya telah mengalami melalui kehidupan mak bapa mereka....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...