Rakan Blogger

Saturday, August 4, 2012

Lebuhraya Sandakan - Kota Kinabalu (Ranau - Tamparuli)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Jika kita berada di lebuhraya ini, kita akan merasa kagum dan teruja melihat keindahan alam semula jadi di Sabah. Walaupun jalan rayanya berada di kaki bukit atau di puncak bukit. Kita pasti hilang rasa gerun melihat keindahan alam. Memang cukup cantik. Malah kalau boleh mahu berhenti di sepanjang jalan untuk melihat beberapa view yang cantik.

Selepas dari bandar Ranau, kita akan melalui pekan Kundasang. Di sinilah tempat menjual pelbagai sayur. Di tempat ini juga Gunung Kinabalu kelihatan lebih jelas di sebelah Utara pekan tersebut. Pekan Kundasang juga mempunyai tempat bersejarah seperti Kawad Maut yang pernah Kancil paparkan di WW Kancil terdahulu.

Dari pekan Kundasang, kita akan melalui pintu masuk ke Taman Negara Kinabalu. Terletak di atas bukit, ada tempat letak kereta jika kita untuk mengambil gambar atau berehat. Di sini juga ada restornan. Sambil berehat kita boleh melihat view yang cantik. Tapi hari ingat, airnya di sini sejuk terutamanya air paipnya.

Satu tempat yang paling cantik untuk mengambil gambar ialah Bundu Tuhan. Ia ada pelantar pemerhati. Tapi selalunya Kancil terlepas di kawasan ini disebabkan kabus tebal atau dengan kata lain, awan tebal bertembung dengan banjaran gunung. Biasalah kalau sudah petang. Bukan setakat di Bundu Tuhan, pekan Nabalu pun ada pelantar pemerhati. Kedua - dua tempat nie Kancil ndak pernah singgah. Namun ia memang cantik untuk mengambil gambar pada waktu pagi mahupun waktu petang.

Selepas pekan Nabalu, jalan raya ini akan menurun. Di sinilah jalan raya cukup berbahaya jika tidak pandai mengawal kenderaan. Bas dari Brunei pernah kemalangan di kawasan ini. Lagipun faktor cuaca dan cahaya matahari yang betul - betul di hadapan mata kita. Namun, ia juga memberi view yang cantik. Dari bukit Kokol nie, kita akan melihat pemandangan dari kawasan Kota Kinabalu hingga ke Tuaran. Malah Laut China Selatan pun boleh kelihatan dari sini. Jika tidak berkabus.

Jom kita lihat beberapa gambar sepanjang berada di lebuh raya ini ;


Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Kundasang


Tempat letak kereta di pintu masuk Taman Negara (di ambil dari restronan) #kiri
Pemandangan dari tempat letak kereta (hari yang berbeza) # kanan


Pemandangan kawasan Kundasang dari War Memorial Kundasang

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

21 comments:

maszull said...

assalamualaikum kancil...wah !!! cantiknya pemandangan kat sana tu best2...:)

Seri Ayu said...

cantiknya. belum pernah lagi ke sna.. :)

Aisy Nasiha said...

cgu, bestnya tgk pemandangan ni. Sebenarnya sekolah saya ada plan but lawatan tanda aras ke sabah tahun lepas, sebab masa bt karnival keusahawanan dapat 80k, jd 10k bg cgu2 buat lawatan. tp ada yg ckp sabah tak ada ape best, jadi tak jadilah pergi. kalau ak ni salah satu tempat yg dlm plan..

Remy hazza said...

bila terdengar kancil bercerita..... terasa macam remy dah berada disana...... teringin remy nak menikmati permandangan yg indah itu......
mesti tenang dan mendamaikan.....

khairul said...

indahnya pemandangan Kancil ..


nak romen balik rumah la wei ! .http://gilamodified.blogspot.com/2012/08/meluat-sunggoh-ngan-couple-ni.html

QueeN TerataI said...

sungguh cantik pemnadangannya.. tenang je rasa.. mmg teringin sgt nk ke kundasang tau.. xtau la bila boleh sampai... :)

KY said...

indah kelihatan gunung ganangnya...cantikkk

ciK LyndaWawa said...

cantekk...belanja saya g sabah..hehehe

fairus said...

SEBUT TAMPARULI TERINGAT LAGU JAMBATAN TAMPARULI DENDANGAN MARSHA AF.. ;D

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama...betul tu mama

Kancil 8349 said...

Seri Ayu :

insya Allah ada rezeki kamu akan datang ke sini

Kancil 8349 said...

Aisy :

belum datang belum tahu

Kancil 8349 said...

Remy :

jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

khairul :

betul tu

Kancil 8349 said...

Queen :

bah...jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

KY :

betul tu..

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

bah...kalau datang sini insya Allah kancil belanja makan...hehehe

Kancil 8349 said...

Fairus :

hehehe...teringat plak bekas studentku tu

Eca Dwinky Asha said...

pena bemalam di mesilau tu...cantik dan sejuk.

Atiqa_Wahid said...

Indahnya Sabah ... xD

squall-shinoda said...

Salam,

Terima kasih Cikgu Kancil atas entri yang sebegitu bermanfaat ini. Baru-baru ini semasa saya melawat Sabah pada penghujung bulan Ogos yang lalu, saya berkesempatan untuk menguji Lebuhraya Tamparuli-Ranau FT22 ini. Sebenarnya, pada masa itu saya sendiri ada mengalami masalah brek kurang makan akibat kasut brek retak pada Proton Saga BLM yang saya sewa pada masa itu. Maka, penyelesaian terbaik ialah lebih banyak bergantung kepada brek enjin, iaitu banyak bermain-main tombol gear auto antara D dan D3 setiap kali sebelum mengambil selekoh dan menuruni bukit curam.

Pengalaman saya di Lebuhraya Tamparuli-Ranau FT22 boleh Cikgu Kancil baca di sini...

http://blogjalanraya.blogspot.com/2013/09/kembara-merdeka-sabah-2013-part-5.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...