Rakan Blogger

Monday, August 13, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak - Anak Yatim Sekolah Kebangsaan St Patrick Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Buat kali kedua, Kancil menyertai majlis ini sepanjang Kancil menjadi warga SK St Patrick. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan sumbangan - sumbangan yang mencukupi untuk anak - anak yatim di Sekolah ini. Walaupun bilangan mereka ndak ramai namun melalui majlis ini dapat membantu meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang.

Seawal 4 petang, Kancil sudah berada di sekolah. Mengemas dan menyusun apa yang patut. Membantu rakan sejawatan mengangkat barang - barang makanan dari kereta mereka. Apa yang menyeronokkan ialah, kita lakukan tanpa mengira usia dan jawatan. Pada hari itu, Kancil dipilih menjadi pengacara majlis. Biasalah kalau add hoc nie. Kelam kabut Kancil menyiapkan teks ucapan. Ke hulu hilir cari rakan untuk bertanyakan sesuatu.

Alhamdulillah, dapat dibuat dengan baik. Walaupun sedikit kesilapan. Hehehe....Dalam jadual majlis tersebut, 6.24 petang, majlis berbuka puasa berjemaah. Menjamu makanan ringan. Lebih kurang 10 minit, solat maghrib berjemaah. Selesai solat, menjamu makanan berat dan dalam masa yang sama majlis penyampaian derma kepada anak - anak yatim yang disampaikan oleh YDP PIBG sekolah. Tepat pada pukul 7.40 malam, solat Isyak berjemaah yang dilakukan di dewan terbuka sekolah tersebut.

jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa majlis tersebut berlangsung ;


 Guru Penyelia Petang sedang membancuh air dan antara sumbangan yang diberikan kepada anak - anak yatim


 Antara guru - guru SK St Patrick Tawau yang hadir pada majlis tersebut


Jamuan ringan di dalam bilik kelas

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

42 comments:

Aisy Nasiha said...

Bgusnya sekolah cikgu dpt anjurkn aktiviti mcm ni...

QasehnyaRania said...

bestnya dapat bebuka ngn anak yatim..jarang sekolah2 buat.kalau bdn korporat selalu la dengar kan...
selamat hari raya cikgu..advance sikit ucap,,hehe

aNiss :):) said...

bagusnya sekolah buat macam nie :) jarang sekolah nak buat event mcm nie :DD

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

kancil, tempat tu memang di alor star (^___^)

Mrs Lurve said...

tentu meriah bila buat di sekolah..terutama sekali pelajar2 kan

:: Mrs.Eady :: said...

meriah nyer sekolah cikgu :)

Remy hazza said...

meriah suasananya kancil.....
semoga kanak2 yg terbabit bergembira.....sedikit sebanyak kancil dan kenkawan yg lain telah memberikan sedikit sinar dan harapan utk mereka.....
semoga majlis diberkati.....

Kesuma Angsana said...

yg penting niat ikhlas tu, insyaAllah sentiasa dipermudahkan

izan mama mia said...

bagus aktiviti nan murni ini..

mselim3 said...

meriah kan bila ader program macam ini..teringat masa sekolah2 dulu....heheh

SimplySeoul said...

Alhamdulillah, mudah2an cikgu-cikgu makin murah rezeki. Amin.

Nafisya Ismail said...

ada bakat jd pengacara ye? hehe... memang meriah..

Selamat Hari Raya Cikgu Kancil :)

Dylla Abas said...

wahhh...bestnya aktiviti ni..mesti anak2 yatim tu rasa hepi sikit dapat sumbangan kan :)

teratak hati said...

Bagusnya program camni dpt la meringankan beban anak yatim..

ஜ miss klanika ஜ said...

meriahnya ! bagus besar pahala buat program gini

~SaL IjOu~ said...

Sal pun ada join event berbuka puasa bersama anak2 yatim baru2 ni..boleh imagine suasananya~ ^^

3no gr33ny said...

mesti murid2 tu sronok dirai sedemikian =)

LYAfrina said...

meraikan anak2 yatim.. bgus sgt2.. sbb lya pon ank yatim ;-(

Ainn Hazwany said...

Best sangat kalau dpt join !

Ezad Skytech said...

kalau setiap tahun dpt buat program mcm ni mmg bagus..:D

fairus said...

BAGUS INGATKAN ANAK2 YATIM DI PULAN PUASA NI..

Kancil 8349 said...

Aisy :

terima kasih

Kancil 8349 said...

QasehnyaRania :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Aniss :

terima kasih

Kancil 8349 said...

eeiyss :

eya ke...sebiji macam di KK

Kancil 8349 said...

Mrs Lurve :

betul tu

Kancil 8349 said...

Mrs Eady :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Remy :

amin...terima kasih

Kancil 8349 said...

Kesuma :

terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

Izan :

terima kasih

Kancil 8349 said...

mselim3 :

alhamdulillah

Kancil 8349 said...

Simply Seoul :

amin

Kancil 8349 said...

Nafisya :

sudah biasa menjadi pengacara sebenarnya

Kancil 8349 said...

Dylla :

betul tu

Kancil 8349 said...

teratak hati :

betul tu

Kancil 8349 said...

Miss klanika :

amin

Kancil 8349 said...

SaL ljou :

memang best kan

Kancil 8349 said...

3no :

betul tu

Kancil 8349 said...

Lyafrina :

betul tu...jangan sedih...kan ada kan suami punya mak ayah

Kancil 8349 said...

Ainn :

ikutlah mana2 anjuran nanti

Kancil 8349 said...

Ezad :

Alhamdulillah setiap tahun sekolah nie buat

Kancil 8349 said...

Fairus :

betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...