Rakan Blogger

Sunday, August 5, 2012

Lebuhraya Sandakan - Kota Kinabalu (Tamparuli ke Kota Kinabalu)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Lebuhraya yang terakhir nie mempunyai dua lorong. Nie yang betul - betul macam lebuhraya. Kancil ndak pasti bila ia dibina namun tahun 2009 merupakan tahun lebuhraya ini diturap semula. Sebelumnya, punya teruk. Disebabkan banjir dan merupakan laluan lori - lori besar. Di sini ndak rasa bimbang sebab kiri kanan sudah ada rumah malah merupakan laluan sibuk.

Selepas daerah kecil Tamparuli, kita akan memasuki daerah Tuaran. Tuaran terletak di Utara manakala ke Kota Kinabalu terletak di Selatan. So kena belok ke kiri kalau nak ke KK nie. Sempadan KK dan Tuaran ialah Sungai Telipok. Berhampiran sungai tersebut terletaknya pekan Telipok. Lebih kurang 3 km dari Pekan Telipok menuju ke KK, ada satu taman perumahan iaitu Taman Puterajaya Telipok.

Disinilah Kancil menyewa antara tahun 2007 hingga 2009 sebelum berpindah ke Tawau. Untuk makluman rakan - rakan blogger, setiap tahun pekan nie sentiasa banjir. Dari pekan hinggalah ke simpang masuk taman perumahan tersebut. Taman perumahan nie terletak di pinggir bukit. Bila masa banjir, sesiapa pun ndak dapat keluar kerana jalan tutup akibat banjir. Syukur ada Giant kecil di sini.

Sampai di Tebobon, ada tiga laluan untuk ke KK. Laluan pertama ialah KK Lama, kedua Tuaran Bypass dan ketiga UMS - Sulaman. Kancil cadangkan guna laluan UMS - Sulaman. Di sini kita akan jumpa 1 Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Bangunan Tun Mustapa (Yayasan Sabah), Teluk Likas, Tanjung Lipat dan bekas pelabuhan Sabah. Akhirnya kita sampai ke KK.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di Blog Kancil 8349.

12 comments:

khairul said...

ada photo tak kancil ?

3no gr33ny said...

walu tak kesana..tapi banyak benda yang hamba dpt tahu dari sahabat Kancil..


selalu ke banjir di sana??

izan mama mia said...

teruskan bermaklumat..saya xpernah ke sana..

Remy hazza said...

takde tol ker kancil.....
tapi really nice info.....

Kesuma Angsana said...

KA mmg x pernah ke sana lg

aNiss :):) said...

tak pernah sampai sabah lagi :')

Kancil 8349 said...

Khairul :

ndak ada..sebab nak boleh ambil gambar semasa memandu...kawasan penuh dengan polis traffik...hehehe

Kancil 8349 said...

3no :

terima kasih...betul tu...kes paling teruk tahun 2005

Kancil 8349 said...

izan :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Remy :

tak de...milik kerajaan negeri

Kancil 8349 said...

Kesuma :

insya Allah akan datang ke sini juga

Kancil 8349 said...

Aniss :

insya Allah akan datang ke sini juga tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...