Rakan Blogger

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Malam nie, pasti riuh dengan bunyi letupan dan cahaya warna warni dari bunga api yang menerangi kegelapan malam. Rasanya, kebanyakan bandar di seluruh negara pasti meraihkan hari yang cukup istimewa pada malam nie. Maka akan terdengarlah jeritan anak - anak muda kita melaungkan Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Hanya sekali je Kancil pergi menyaksikan acara malam sebegini. Itu pun semasa Kancil menetap di Kota Kinabalu. Ingin merasai suasana hari kemerdekaan di tanah air. Pernah belajar di Shah Alam namun 3 tahun berada di sana ndak pernah gi Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Sebab ndak ada teman...kengkawan lain keluar dengan mata air masing - masing.

Di Tawau nie, ada sambutan ambang kemerdekaan. Namun Kancil ndak biasa di sini sebab  pelbagai masalah yang akan timbul. Rasanya bukan setakat di Tawau malah di bandar - bandar lain di seluruh Malaysia. Mengapa? Yang datang menyambut tu bukan warganegara pun. Datang menyokong sebab berada di negara kita.

Selesai je acara, pasti ada pergaduhan, pasti ada lumba haram...hotel dan motel dipenuhi remaja - remaja dan banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Teringat kes tahun lalu, seorang kanak - kanak perempuan (umur ndak pasti) ditinggalkan oleh ibu bapanya di dalam kelompok manusia. Kes bergaduh kumpulan hanya disebabkan tidak puas hati. Banyak lagi...

Disebabkan itu, Kancil lebih suka duduk di rumah bersama keluarga Kancil sendiri. Biarlah menyambut di dalam rumah. Bukan tiada semangat patriotik namun menggelak lebih baik daripada terkena. Tawau merupakan pintu masuk negara jiran terutamanya Indonesia. Time macam nielah mereka yang seberang akan datang. Kalau tujuan ikhlas...alhamdulillah. Tapi tujuan lain dari tu...tu yang sukar diduga.

Apapun, Kancil mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Semoga kita menghargai kemerdekaan pada hari ini dan generasi pada masa akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

17 comments:

etuza said...

selamat menyambut kemerdekaan.Di sekolah saya ada perarakan merdeka hari ini..jalur gemilang jug dikibar ramai2 oleh murid..

KY said...

selamat hari merdeka kancil, semoga negara kita sentiasa merdeka

Cik Asma BLuppy said...

saya pon duk umah jgk. tkut nk keluar sebab ramai mat rempit... btw, happy independent day!

Ash Give said...

selamat hari merdekaraya cikgu.. biasa la orng orng yg kurang pendidikan.. kalau bekumpul kumpul terus mau begado jak kerjanya..

aNiss :):) said...

selamat hari merdeka cikguu :)

abu idris said...

Kembalinya Khilafah adalah Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam
ARRAYAH.INFO, Malaysia, 29 Ogos 2012 - Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam adalah memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.seterusnya...

Remy hazza said...

salam kemerdekaan dari remy utk kancil sekeluarga.....

3no gr33ny said...

salam merdeka buat sahabat Kancil..selamat bercuti yer =)

Cikgu Ma said...

salam merdeka :)

Aishah Jahirah said...

salam kemerdekaan cikgu....kalau dah macam tu mmg elok la stay kat umah je.keselamatan diri n family pun perlu diutamakan,sambut kat rumah pn boleh...

Pn. Sheila@CC said...

selamat hari merdeka kancil...:-)

Seri Ayu said...

happy merdeka day, :)

Knor said...

rasa mcm negara kita merdeka ke..atau dah berlebih merdekanya...?

maszull said...

assalamualaikum kancil...salam merdeka buat Kancil juga..:)

fairus said...

SALAM MERDEKA BRO..

khairul said...

semoga negara kita terus aman dan makmur

Kancil 8349 said...

terima kasih kengkawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...