Rakan Blogger

Tuesday, August 14, 2012

Salah Gurukah?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tentu korang ada dengar bunyi bingit yang memecahkan suasana sunyi. Bunyi yang membuat orang terkejut mendengarnya. Boleh menyebabkan orang sakit jantung dan mengeluarkan kata - kata kesat terhadap orang yang menghasilkan bunyi. Yang peliknya, itu bukan budaya kita. Tapi ia makin lama makin menjadi budaya di dalam menyambut hari raya.

Sudah berulang kali kempen dan nasihat diberikan kepada mereka - mereka nie. Namun  seperti mencurah air ke daun keladi. Makin ditegur makin dibuat. Kata mereka, mak bapa kami ndak bising pun. Bila sudah ditegur, mereka mengadu dengan mak bapa mereka. Apa lagi, ibu bapa terus serang sekolah.

Apa hak guru untuk mengambil keseronokkan anak kami? Bukan duit guru yang habis untuk membeli mercun? Dan bukan mereka main mercun di dalam sekolah? Itulah antara soalan - soalan pedas dilemparkan kepada guru - guru di sekolah. Tapi bila anak mereka cedera disebabkan mercun. Mereka salahkan guru plak. Mengapa ndak tegur anak kami? Mengapa biarkan penjaja menjual mercun di luar sekolah dan sebagainya.

Pelik bukan...sebagai ibu bapa, kitalah yang memantau anak kita dan bukan orang lain. Orang lain pun ada anak mahu dijaga. Bersyukurlah jika ada orang lain menegur kesalahan anak kita kerana kita tidak dapat melihat kelakuan mereka dalam tempoh 24 jam. Jangan kerana ego dan status sampai buta mata untuk menilai.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : kes nie belum lagi terkena di sekolah Kancil...namun sudah terdengar di sekolah - sekolah lain

17 comments:

LIA AZMAN said...

dkt2 raya mmg kuat betol2 org men mercun kannn

alaaa, bkn guru jer. mak bapak sdri pun kena lah pandai2 pantau ank2 dorang tuh

:)

selamat hari raya in advanced kancil :))

aNiss :):) said...

guru dan ibubapa mesti bersatu. baru laa hal anak2 boleh settle dengan baik.

p/s : tapi xdengar mercun mcm xmeriah raya. haha.

Muhammad Izuan said...

budak2 dah x boleh ditegur. sbb parent rasa mereka lbh bijak. kat dpn tmn sy pun ada budak main mercun. mmmg mengganggu...

maszull said...

assalamualaikum kancil...betul tu ibubapa haruslah memantau pergerakan anak2 jgn dibiarkan mereka melakukan perkara2 yang tidak elok...:)

Mrs Lurve said...

rasanya bukan ibu bapa xtau, tp masih ramai yg guna alasan, biarlah setahun sekali je main mercun..bila dh jd benda2 xelok, baru nak menyesal

fairus said...

KALAU TERKENA KAT SEKOLAH KAU.. KAU LAPOR POLIS SAJA..

Dylla Abas said...

sebab sikap ibu bapa yg begini la masih ramai lagi anak2 menjadi mangsa mercun kan

guru cuma boleh menasihat..tapi ibu bapa yg kena mainkan peranan

izan mama mia said...

macam mana bapa nak pantau anak..kalau bapak budak yang main mercun!!!..saya mmg tak suka betul dgn org yg main mercun....kacau saja..

Remy hazza said...

budak2 semakin tak kisah dgn teguran kalau ibu dan bapa sendiri tak ambil kisah....

segalanya bermula dirumah...guru2 hanya boleh membantu

Nafisya Ismail said...

betapa bahaya nyer main mercun tu smp ada yg putus sna ptus sini tp budak2 ni degil nak main mercun jugak.. mak ayah sepatotnya kena pantau.. tak bolehkan salah guru atau sblh pihak jer... :)

KY said...

kadang2 ada sesetengah ibu bapa, susah nak diajak berbincang, sayang sangat kat anaknya tu, bila dah kena baru nak sedar..

alin said...

selamat hari raya (:

Anonymous said...

cikgu ni pun satu

~SaL IjOu~ said...

bunyi mercun sana sni..bingit telinga..~

Selamat hari raya buat kancil juga.smoga ceria2 hendaknya~ =)

3no gr33ny said...

tegur salah..nanti kiranya ada yang terkena mercun..guru yang dikatakan tidak pandai mengajar dan mendidik..huhu

QueeN TerataI said...

Ammar pun takut bunyi mercun... kalau ada org main mercun je dia x berani nak keluar rumah... erm.. bagus jugakan kalau ammar takut mercun nnt dah besar xdelah dia main mercun...

Kancil 8349 said...

terima kasih kepada semua rakan blogger...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...