Dah banyak kali saya balik kampung dan ini merupakan kali pertama saya post mengenai perjalanan saya balik kampung. Ndak banyak yang mahu diceritakan sebab ramai menganggap perjalanan balik kampung biasa je. Namun, saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan - rakan yang lain.
Kampung halaman saya terletak di Kampung Bukit Sakong, Daerah Semporna. Lebih kurang 109 km dari bandar Tawau. Saya mengambil masa lebih 1 jam 40 minit dan paling lewat 2 jam perjalanan. Walaupun ramai yang suka mencabar dan mengutuk macam kura - kura, saya buat tidak kisah sebab saya utamakan keselamatan. Saya ada keluarga yang mahu ditanggung. Lainlah kalau mereka, bercakap lebih je. Tapi tidak kisahlah yang penting mereka faham satu masa nanti.
Kami memulakan perjalanan dari Tawau tepat pada pukul 8.30 pagi dan sampai pada pukul 10.30 pagi. Dalam perjalanan, ada road block dekat airport Tawau. Banyaklah kereta kena saman sebab kesalahan lalu lintas. Mungkin sebab mereka kena saman tidak ada lesen kot. Hahaha...
Nie ada beberapa gambar yang sempat saya ambil dalam perjalanan tersebut bermula dari Tawau hinggalah Kancil8349 parking di bawah rumah arwah nenek saya a.k.a rumah pak cik Ayub...
Bermula perjalanan dari Tawau
Sesaknya perjalanan dari Tawau ke Batu 32
Tahap kelajuan yang mampu saya bawa (Malas nak bawa laju : Utamakan Keselamatan)
1 comment:
jangan lupa bawa ole2 ya geng... ngeee~
Post a Comment