Rakan Blogger

Friday, February 18, 2011

Hujan Lebat Di Batu Payong

Tepat pada pukul 1.00 tengahari kelmarin, murid - murid tahun 6 Amanah meneruskan kerja projek mereka. Dan kali ini hanya 5 budak lelaki dan seorang budak perempuan yang ingin menyiapkan kerja mereka. Kerja yang mereka buat selesai pada pukul 5 petang. Akhirnya mereka dapat menghasilkan satu buah rak buku. Tinggal dua buah lagi. 

Selepas selesai kerja. saya pun menghantar mereka pulang ke rumah masing - masing bermula murid yang tinggal di Batu 7 Jalan Batu Payong. Memandang hujan turun, saya terus hantar ke depan rumahnya. Sampai di sana, saya terkejut pemandangan kawasan rumah murid tersebut. Bagi saya ia cukup cantik dan indah. Sayangnya saya tidak ambil gambar di kawasan tersebut.
Jalan Kampung. 
Seorang murid saya melalui kawasan ini sebelum tiba tempat dia menunggu bas sekolah. Jarak dari rumahnya ke jalan besar mengambil masa 11 minit berjalan kaki. Jalan ini hanya dilalui oleh sebuah kereta sahaja.

 Tepi Pantai Batu Payong
Ndak nampak sudah tu laut

Sampai terpaksa menunggu di tepi jalan

1 comment:

shari kakashi said...

kesian c santo........
hahaha..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...