Rakan Blogger

Thursday, February 3, 2011

Kenduri Arwah

Genaplah 6 tahun pemergian arwah adik saya ke rahmahtullah. Dalam tempoh tersebut banyak benda yang telah berlaku dan saya hanya mampu melihat tanpa bersuara. Teringat lagi bila berita pemergiannya disampaikan kepada saya. Masa itu saya baru pindah ke rumah sewa baru. Ketika itu juga saya kerja di Kolej Yayasan Sabah.

Tersentak juga saya mendengarnya. Tetapi saya tabahkan hati saya kerana yang hidup pasti pergi. Ramai beranggapan saya tidak sayangkan adik saya. Padahal saya hidup bersama dengannya selama  20 tahun. Pada luaran mereka beranggapan begitu tetapi dalam hati saya siapa yang tahu. Buat apa saya nak kongsi itu semua, saya kena terima takdir ilahi.

Sempena cuti Tahun Baru Cina, saya balik kampung bersama keluarga saya. Lari dari  kesibukan bandar dan bunyi letupan bunga api. Kami sekeluarga membuat kenduri bagi memperingati pemergiannya. Tepat pada pukul 4.45 petang, majlis pun berjalan.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut diadakan...
 Juadah yang dihidangkan

 Sepupu - sepupu bersama rakan - rakan mereka

 Imam membacakan doa...

3 comments:

[ibuLUNAZALEA] said...

Al-fatihah!

Ce'gu JAERA said...

majlis kenduri dapat merapatkan silaturrahim sesama keluarga.

Anonymous said...

gambarku ndak da ba....hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...