Rakan Blogger

Monday, February 21, 2011

Persiapan Awal Majlis Tilawah Al - Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Zon Bandar Selatan Tawau

Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan Batu Payong Tawau telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Zon Bandar Selatan Tawau. Majlis ini akan berlangsung pada 23 hb Februari 2011 bersamaan hari Rabu, bertempat di SK Batu Payong. Segala persiapan telah dibuat. Sehingga murid - murid sekolah serta ibu bapa pun turut membantu dalam persiapan tersebut. Minggu ini boleh dikatakan minggu yang paling sibuk di SKBP. Persiapan pentas, langsir, buku aturcara dan segala - galanya tidak terlepas dari persediaan untuk majlis yang bagi kami satu penghormatan besar.

Saya juga tidak terlepas dari kesibukan tersebut kerana bilik saya pun terpaksa dipakai untuk hakim acara Hafazan Al - Quran. Namun, saya tidak sesibuk dengan rakan - rakan yang lain. Hanya masa majlis tersebut barulah sibuk. Saya dilantik menjadi AJK Pemanggil Peserta untuk Acara Bercerita. Ada 14 buah sekolah yang terlibat dalam majlis ini. 

Pentas 

 Pentas di Bilik Gerakan

 Pentas Lagi ( ndak ingat apa acaranya)

Pentas Pertandingan Bercerita

Tidak sabar menanti hari tersebut. Dapat berkenalan dengan guru - guru agama dan mungkin ada juga kawan lama yang kita boleh jumpa. Apapun, harapan dari kami warga SKBPT, agar murid - murid yang menyertai pertandingan tersebut berjaya merangkul apa - apa tempat pun. Best luck to pupils SK Batu Payong......

3 comments:

Gen2Merah said...

semoga kita semua dapat menjayakan majlis ini dengan penuh gemilang..

Gen2Merah said...

ums... saya tag awak Give Away ya...jgn lupa join.. semoga berjaya k..

Ums Niza said...

Terima Kasih bebanyak geng...sudah pun aku join tu lulu page...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...