Rakan Blogger

Tuesday, February 8, 2011

Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar Selatan Tawau - Bab 1

Ini merupakan kali pertama saya menjadi AJK Petugas bagi Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar Selatan Tawau (MSSZBST) yang diadakan di Stadium Tawau anjuran SK Melodi. Saya dimaklumkan oleh salah seorang guru di sekolah bahawa saya telah dipilih dan dilantik menjadi AJK Petugas. Namun tidak dipastikan apa jawatan yang saya pegang. Majlis ini berlangsung selama 2 hari bermula hari ini dan berakhir hari esok.

Awal pagi, hati saya tidak sedap dan gementar. Iyalah, saya merupakan guru baru. Nasib juga saya terserempak dengan rakan saya Cikgu Ramli (Guru SK Sentosa). Dia merupakan guru pengiring bagi sekolahnya. Hati yang tidak tenteram dah pun lega. Kebetulan pula, guru - guru yang kami sapa merupakan AJK Petugas. Lagi senang hati saya. Saya ikut je ke mana guru - guru tersebut pergi.

Semasa menunggu acara bermula, saya berjumpa dengan seorang guru yang memegang buku acara dan meminta dia memeriksa nama saya di dalam buku tersebut. Rupanya saya merupakan AJK Pemanggil Peserta. Hahahaha....lega hati saya. Ndak berjemur maksud saya. Saya terus menuju ke meja pendaftaran dan kebetulan masa itu pendaftaran pun bermula. Saya terus membantu.
 Keadaan stadium sebelum para peserta datang

 Murid - murid dari pelbagai sekolah telah tiba

 Kad AJK

 Meja Pendaftaran

 Menunggu senarai nama peserta

 Pendaftaran bermula

 Wakil SK Batu Payong

 Peserta 80m Perempuan

 Menunggu acara bermula

 Peserta Lelaki 200m saringan


 Wakil SK Batu Payong - 200m saringan

Tempat bermula 200m perempuan saringan
 Petugas garisan

 Acara Lontar Peluru

Pasukan SK Batu Payong

Petang ini ada lagi acara, so kena turun untuk membantu...hehehe..

MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH

3 comments:

Anonymous said...

best o....................................................

Gen2Merah said...

memang best laaaa.... hidup cikgu Umrah

Ums Niza said...

memang best giler...kerja semua tertangguh...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...