Rakan Blogger

Tuesday, February 1, 2011

Program SEMAI SKBPT

Rasanya banyak sekolah menekankan pembacaan dalam kelas dan sememangnya amalan membaca nie juga kurang diamalkan oleh murid - murid kita. Disebabkan itu, satu program telah dan sedang dijalankan bagi mencapai objektif supaya murid - murid kita ini minat dan suka membaca walau di mana mereka berada.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil dalam pelaksanaan program tersebut :
 Murid - murid tahun 6 sedang menunggu rakan - rakan lain

Kelihatan murid - murid sedang menuju ke stesen masing - masing

Tekunnya mereka membaca buku yang mereka bawa dari rumah
(Murid tahun 1 dan 2)

 Walaupun masih murid tahun 1, mereka dapat membaca dengan baik

 Murid - murid Tahun 5
 Berkumpul di Pondok UMS 

 Tekun membaca buku : Murid Tahun 4

 Tidak kisah di mana mereka membaca

 Tidak jatuh ke? Kalau mereka selesa dengan keadaan itu kita biarkan
 Mana kawan? 

 Tepi longkang pun jadilah : Murid tahun 3

Ndak panas ke sayang?
Ndak cikgu! seronok membaca luar kelas..

3 comments:

Fairus Bin Mamat said...

BAGUS.. TERUSKAN USAHA..

Ce'gu JAERA said...

alhamdulillah.. Program semai dapat dijalankan dengan jayanya untuk hari pertama. Semoga budaya membaca dapat disemaikan dalam jiwa murid-murid kita

Kancil 8349 said...

harapan semua guru, mereka terus membaca bukan di sekolah sahaja malah di rumah juga...doa kami agar mereka berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...