Rakan Blogger

Monday, February 14, 2011

Bila Jalan Nie Bapanya Punya

Walaupun tajuk nie menyakitkan hati bagi orang - orang tertentu tetapi bagi saya bila lagi mereka ini mahu sedar. Jalan raya adalah jaringan perhubungan dari satu tempat ke satu tempat. Selain itu, ia kawasan pengangkutan. Namun, ada dikalangan kita ini anggap jalan raya nie macam litar lumba. Terkejar sana sini sehingga mengabaikan orang lain yang menggunakan jalan raya. Kalau nak berlumba tu, pergilah ke litar lumba.


Pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke sekolah. Ada kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di Bentol area Batu 2 simpang ke Kem Kobota. Satu kereta pacuan empat roda dan satu lagi motorsikal. Pada awalnya saya tidak menyangka bahawa kereta pacuan empat roda tu berlanggar dengan motosikal. Bila saya lalui kawasan kemalangan tersebut, saya sempat melihat kelibat manusia sedang menahan kesakitan terbaring di atas jalan raya. Kesian orang tersebut. Polis pun tidak boleh buat apa - apa sehingga pihak ambulans tiba. Lagipun bukan bidang kerja mereka pun. Takut tersalah angkat ke apa ke. So dorang cuma atur kesesakan lalu lintas sahaja. Saya juga sempat melihat murid sekolah di dalam kereta pacuan empat roda tersebut. Mereka seperti terkejut dan wajah mereka pucat. 


Akibat kemalangan tersebut, sesak jalan raya. Eyalah, time orang nak pergi kerja. Saya pun terus bergerak dan terasa seram sejuk sebab ternampak orang tersebut. Rasa lapar tadi terus hilang. Apalah kesudahan orang tersebut. Sepanjang perjalanan, saya rasa tidak sedap hati. Tetapi saya tetap beranikan diri. Orang pernah kata kepada saya, kita punya cermat tetapi orang lain yang buat hal kita jadi mangsa. 


Setiba di sekolah, saya tidak jadi bersarapan pagi. Rasa lain. Terus saya jumpa rakan sejawatan di kantin. Mahu tahu perkembangan selanjutnya. Rakan - rakan yang melalui kawasan tersebut menceritakan perkara yang sama mengenai kemalangan itu sehingga membuat andaian sendiri. Apapun andaian yang mereka buat,  bagi saya lebih baik berhati- hati di jalan raya. Ingat bukan kita sahaja pengguna jalan raya. Ramai lagi nak guna. Kalau nak sangat berlumba, akhirnya masuk kereta merah berbunyi siren minta lalu....Harap kita kekalkan had laju yang ditetapkan.

Saya ndak sempat ambil gambar semasa kemalangan tersebut. Panik seketika bah...lagipun ada polis trafik. Ndak pasal - pasal kena saman...hehehe...guna handset ketika memandu.


1 comment:

Ce'gu JAERA said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...