Rakan Blogger

Saturday, February 12, 2011

Kelas Tambahan SKBPT

Hari ini merupakan hari pertama saya mengikuti program kelas tambahan. Memandangkan kelas saya bermula pada pukul 10.00 pagi. So saya lewat bergerak dari rumah ke sekolah. Keadaan cuaca cerah di Batu 2 tetapi dari jauh di kawasan sekolah semacam mendung je.

Dalam perjalanan menuju ke sekolah, keadaan lalu lintas sesak sedikit. Mungkin ramai yang turun bandar dan ada pula mengambil peluang untuk ke bandar. Ada yang mungkin membeli belah dan ada yang mungkin melepak. Apapun, saya ada kerja mahu dibuat di sekolah.

Batu 2 dekat Sukaramai 
 
 Jalan ke sekolah, menuruni bukit

 Tepi pantai kampung Batu Payong

Sampai di sekolah, macam sunyi sepi je. Mungkin P&P sedang berjalan. So saya menuju ke bilik BNK dan membuat RPH untuk kelas pada hari ini. Hari ini kelas yang saya nak mengajar adalah kelas Tahun 5 Bestari. Tetapi terdapat kekeliruan so saya telah mengambil kelas Tahun 5 Amanah. Saya mengajar subjek Bahasa Inggeris.

 Kelas 5 Amanah

 Kerja yang perlu dibuat oleh murid

Mendung je kawasan sekolah

Saya tidak lama di sekolah. Walaupun niat saya ingin lama di sekolah. Sebab ada kerja mahu dibuat. Tetapi disebabkan selsema saya terpaksa balik awal. Kot - kot lebih teruk nanti kalau saya memandu. So sediakan payung sebelum hujan. Dalam perjalanan balik, hujan turun membasahi seluruh kawasan Tinagat tetapi tidak di kawasan bandar Tawau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...