Setelah diputuskan oleh AJK Induk, mereka telah melantik saya sebagai AJK Pemanggil Peserta bagi Pertandingan Bercerita MTQ. Walaupun pernah menjadi AJK Pemanggil Peserta iaitu semasa Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar Selatan. Tetapi pengalaman ini mungkin berbeza.
Tepat pada pukul 8 pagi, saya terus menuju ke tempat bertanding bercerita iaitu di Pusat Sumber Sekolah. Di sana, saya terus memulakan tugas saya dengan meminta semua peserta menunggu di luar Pusat Sumber. Mereka ditempatkan di bilik kelas sebelum mereka masuk ke Pusat Sumber. Berikut adalah suasana tempat bercerita :
Para Hakim Bercerita
Ketua Hakim Bercerita : Memberi Taklimat
Para Peserta memberi tumpuan terhadap taklimat yang diberikan
Wajah - wajah peserta
Gelagat peserta : Tidak senang duduk menunggu giliran
Hakim mendengar peserta bercerita
Peserta Lelaki
Para penonton membanjir Pusat Sumber
Terdapat 24 peserta yang mengikuti pertandingan bercerita ini dari 14 buah sekolah. Acara ini sengit kerana para peserta menampilan pelbagai gaya persembahan di pentas. Semasa pertandingan berlangsung, terdapat seorang ibu sanggup menghantar anaknya sendiri ke sekolah kami sehingga beliau mohon cuti dari tempat kerjanya. Beliau meluangkan masa untuk menyaksikan anaknya. Hasilnya, anaknya mendapat tempat kedua bercerita bagi kategori lelaki. Tidak sangkakan.
Pelbagai gelagat yang sempat saya lihat semasa pertandingan ini berlangsung. Ada peserta yang lupa skrip dan berdiri tegak di atas pentas sehingga masa tamat. Ada juga peserta hanya mengucapkan kata salam kepada pengadil dan diakhiri dengan "Sekian, Terima Kasih". Mungkin ndak ingat skrip. Ada lagi peserta tu, ndak sabar - sabar naik ke pentas untuk membuktikan dia hebat bercerita tetapi sampai ke pentas terlupa semuanya.
Itulah gelagat anak - anak kita sekarang. Usia mereka masih muda dan kita perlu bimbing mereka selalu. Lebih - lebih lagi mengenai sejarah Islam.
No comments:
Post a Comment