Beberapa hari sebelum saya balik ke Tawau, sepupu saya Sabri telah memberitahu saya bahawa dia akan naik ke Tawau. Di samping itu dia minta bantuan saya untuk menemaninya ke majlis perkahwinan bossnya di Kampung Muhibbah Raya.
Pada awal pagi kami tersalah tempat kerana tersalah maklumat. Selain itu kami terlanjak pula ke SMK Kuhara. Macam - macam kejadian. Tapi kami teruskan usaha mencari rumah boss sepupuku. Boss sepupuku nie tinggal kat lorong 7 Muhibbahraya. Akhirnya kami sampai ke rumah boss sepupuku.
Gementar gak kami sebab kami bukan orang di sana. Apapun kami memberanikan diri kami. Kami disambut mesra oleh ayah boss sepupuku. Hehehehe....kami bertanya bila pengantin lelaki sampai. Katanya sekejap lagi. Tidak sampai 5 minit kami berehat, rombongan pihak lelaki sampai di depan pintu lelaki.
Semasa upacara akad nikah, berlaku peristiwa lucu di mana pengantin lelaki tersasul sehingga tok imam terkejut.
"Aku terima nikah.....dengan mas kahwin se...se...seribu ringgit...."
"AHHH!....SERIBU RINGGIT" Terkejut Tok Iman tersebut...
hahahaha...sori yeah pengantin post benda nie..nak kongsi pengalaman..
Malamnya, mereka bersanding di Dewan Sri Tawau. Saya pertama kali datang ke sana. Besar juga dewan ini. Tetamu pun ramai yang datang. Cantik pelamin mereka, moga mereka berbahagia sepanjang hayat...
Poster
Sepupuku Sabri
Pengantin lelaki melangkah masuk
Paluan Kompang
Hantaran Pihak Lelaki
Ucapara Akad Nikah
Pelamin Pengantin
Menyarungkan Cincin
Hantaran Pihak Perempuan
Santai
Bersanding di Dewan Sri Tawau
Makanan saya tidak habis...kenyang sangat (dah terisi sebelum datang)
Cantiknya kek
Sepupu Sabri bergambar di atas pelamin
2 comments:
aku pun ada ikut ni kan..hihihi..sebelah malam jak..
hehehe...memang betul tu sepupu
Post a Comment