Rakan Blogger

Sunday, February 6, 2011

Banjir Lagi Di Batu 2

Terkejut juga saya bila diberitahu oleh isteri saya air naik. Banjir Lagi. Kelam kabut saya bangkit dari tempat tidur. Memang benar banjir berlaku. Saya terus menuju ke dapur dan membuka pintu dan terus menuruni tangga. Alhamdulillah! lantai bawah rumah tidak basah oleh air banjir pun. Saya melihat sekeliling kawasan rumah. Air hanya paras buku lali sahaja.

 Belakang rumah.

Kenderaan parking di bahu jalan

Apa yang saya khuatir dah pun berlaku kalau dah banjir melanda kampung ini. Manusia yang berakal pendek dan buta hati membuatkan kita panas dengannya. Kita tidak mahu bergaduh tetapi orang ini suka mencari gaduh. Yang saya maksudkan ialah bila banjir orang suka je parking sembarangan kereta mereka. Tidak sedar menutup laluan kereta orang lain.

Kereta ini sudah menutup laluan depan rumah awal2 lagi. Macam tak de tempat lain. Saya tunggu empunya kereta ini. Mahu di sound bah orang macam nie. BUTA HATI....bila empunya kereta tu datang saya terus turun ke bawah tetapi dihalang oleh isteri dan mertua saya. Mereka kata biarlah...jangan buat hal. Cukuplah dia yang buat hal. Ingat dia akan dibalas juga. Atas nasihat mereka, saya akur. 

Kalau banjir besar macam manalah kereta kancil saya nak keluar. Tidak pernah berlaku sebelum ini.

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

aiyo, banjir lagi... sabar. Bab-bab macam ni kemarahan perlu dikawal..... nanti bertambah2 masalah

Kancil 8349 said...

tulah geng...kena kawal juga nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...