Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Menyepi selama seminggu membuat diri Kancil ndak tenteram. Namun tulah kata orang, jiwa sudah sebati dalam dunia blog. Bukan tidak mahu buat entri cuma menanti masa yang sesuai. Hehehe...Kancil akui ramai rakan blogger menyepi macam Kancil juga. Sibuk mengurus itu ini, lebih - lebih lagi yang dah berkahwin. Apapun, Kancil nak kongsikan pengalaman Kancil semasa beraya minggu lalu.
Masa beraya nielah kita bergembira dan berseronok. Sebabnya kita akan berjumpa dengan ahli keluarga yang jauh. Yang lama kita tidak jumpa. Ada yang 3 tahun ndak jumpa ada juga yang kita jumpa tiap - tiap hari namun ndak sempat berbual - bual. Masa raya nielah kita ambil peluang untuk bersama. Namun, sedikit kecewa bagi Kancil dan mungkin ada juga yang sama macam Kancil..Nak tahu? Jom baca di bawah nie ;
Orang Sombong
Nie yang Kancil sendiri ndak sangka jumpa. Ada hamba Allah nie baru dapat kerja. Kalau tidak silap 4 bulan lalu. Kerjanya bukan berstatus pegawai pun hanya KULI. Tapi sombongnya bukan main. Berbangga dengan kerja yang dia dapat sehingga bersalam dengan orang pun tidak memandang, apatah lagi bertanya khabar. Orang beraya di rumahnya dilayan macam ndak ada tetamu.
Orang Kedekut
Nie lagi satu jenis manusia. Suka memberi alasan agar orang ndak mahu datang beraya ke rumahnya. Bila ditanya ke mana dia beraya tahun nie. Katanya balik ke kampung isterinya. Walhal dok diam di dalam rumah semasa raya. Kerja orang nie kalau pelayan kedai atau jurujual di kedai. Mungkin kita faham. Tetapi berstatus pegawai yang bergaji 4K.
Orang Yang Suka Susahkan Orang Lain
Nie selalu kita jumpa. Ndak payah cari tempat lain. Tengok je di jalan raya. Orang lain berhati-hati mereka pula yang macam syaitan di jalan raya. Kancil sekeluarga hampir kemalangan dengan manusia - manusia jenis ini. Memandu laju dan memotong kenderaan dalam keadaan berbahaya. Selain itu, suka letak kereta di laluan keluar masuk kenderaan. Kalau dia tinggalkan no phone di cermin senang dihubungi. Tapi, siapa yang mahu buat.
Orang Malu Atau Sombong Bersalaman Dengan Tetamu Lain
Nie susah nak cakap tapi memang ada. Kalau ramai tetamu mungkin penat kita nak berjabat tapi kalau setakat boleh dibilang jari. Apalah salahnya bersalaman. Nie kebanyakan remaja zaman sekarang. Rata - rata kalau gi beraya...salam tuan rumah je. Tapi tetamu lain...entah mata dorang nampak tuan rumah je ke.
Apa yang Kancil suarakan adalah pandangan Kancil sendirikan dan mengikut pengalaman yang telah Kancil lalui. Rasanya ada juga rakan yang mengalami situasi yang sama macam dengan Kancil.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349
39 comments:
Lain orang lain ragamnya....
betullah lah tu rambut je sama hitam, hati len2 kan!
salam aidilfitri cikgu....salah silap minta maaf ye...
hee biasa la manusia ni mcm2 perangai yg kdg2 nyusahkan org pun ada.sama la cikgu,masa balik kl nyaris accident sebab ada kete mewah yg mencilok2.attitude tak betol cam2 le.
assalamualaikum kanci;....memang betul apa yg kancil katakan memang terdapat org2 yg begitu susah nak ckp kan...:)
selamat ari raya kancil :) :).. Memang banyak perangai orang masa beraya. Edehh.. Susah mau bilang macam mana.
salam aidilfitri buat Sahabat Kancil dan keluarga =)
hamba paling tidak suka orang yang suka menyusahkan orang lain di jalan raya..kiranya kalau nak mati sangat..matilah sendirian dan jangan libatkan orang lain..err..sebegitulah kan senang..ehhe
Kalau budak2 itu, tidak menjadi hairan pada akhir zaman ini sbb mereka hanya bersalam supaya tuan rumah nampak untuk diberikan duit raya.
Ragam mereka yang lain itu, mmg sedih bila dikenang. Cuma harap mereka akan berubah ke arah lebih baik.
Status Halal Produk Baskin-Robbins
ha ah..mcm2 jenis org ada..meriah dgn ragam manusia.
bila di sisi Allah kita sama aje.hanya iman dan takwa yg membezakannya.
menyepi sebab berhari raya :)
manusia ni, ada macam2 ragam, apa lagi kalau kita terjumpa manusia yang ada sikap diatas, meang menyusahkan, yg paling KY tak suka yg pertama tu, KY rasa KY banyak dikelilingi manusia begitu, merimaskan kan?
INILAH RAGAM DAN ASAM GARAM ORANG BERHARI RAYA..
Hari Raya memang seronok, cuma ragam manusia aje jd x seronok ...sabar aje lah kan....
situasi2 ni mang selalu ada~ macam2 ragam orang... (^___^) selamat hari raya kancil (^___^)
macam-macam perangai manusia ni..
raai orang..maka banyaklah ragamnya..selamat hr raya kancil
amat2 terkesan dgn entry kancil yang sangat bagus ni.semoga kita tak tergolong orng2 macam ni kan...manusia ni ada ja kelemahan kan...kita semua bukan jg sempurna ya.apapun berfikirlah sebelum buat sesuatu yg mendatangkan kesan buruk..
saya paling suka orang dtng beraya kat rumah saya. hidangan tu untuk dimakan, kenapa pula nda laya tetamu kan..rugi tak melayan tetamu, kerana besar pahala memuliakan tamu ni kancil..
ehh ada gak golongan kedekut tuu musim raya macam nie :DD
p/s : SELAMAT HARI RAYA cikgu :)
semua yg di ata stu mmg ada dan wujud kancil.. bkn kancil je yg hadapi.. kat mana2 pun pasti ad ayg hadapinya.. semoga kita x jd mcm mereka sudahla kan..
Norain Ujang :
betul tu...namun sikap macam tu ndak elok...
Kesuma :
betul tu..tapi ndak elok bah
Aishah :
Salam Aidilfitri juga...
tulah pasal..yang penting kita berdoa agar dilindungi
Maszull :
Waalaikumsalam mama...bikin rosak mood orang mahu beraya bah
Eza :
tu kasi rosak mood raya je
3no :
tulah pasal...kekadang geram juga Kancil rasa..
baguznet :
amin..tu yang kita harapkan
knor :
betul tu...
Dkna :
macam tulah ceritanya
KY :
buat kita ndak selesa dan ndak tenteram
Fairus :
betul tu geng
Mselim3 :
betul tu
Eeiyss :
Selamat hari raya...betul tu
Nurul :
dah ramai orang..susah mahu dikawal
Izan :
terima kasih..betul tu
Etuza :
untuk peringatan kepada kita semua termasuk diri Kancil sebab ndak suka kena buat macam tu...
Aniss :
selamat hari raya...biasalah
Queen :
betul tu Queen...macam rakan blogger lain kata..harap kita ndak macam dorang
manusia kancil.... perbagam ragam dan karenah... itulah warna2 kehidupan.....
semoga kita tak tergolong dlm kelompok tu.....amin
Remy :
betul tu
Post a Comment