Rakan Blogger

Sunday, February 20, 2011

Basuh Sang Kancil 8349

Seperti kebiasaan, hari minggu adalah hari yang paling sesuai untuk saya membasuh kereta saya lebih - lebih lagi 6 hari bergerak ke sana sini. Bertambah comot keretaku. Hari ini juga, isteri saya membantu saya. Tidak ketinggalan kepada dua orang puteraku. Nak ikut apa yang kami buat. 

Isteriku memberitahu kepadaku kenangan kami membasuh kereta di Puterajaya, Telipok. Masa tu, kena angkut air dari tingkat empat turun ke parking kereta. Masa tu, saya ndak banyak fikir. Hanya mahu melihat kereta kancilku bersih je. Masa membasuh tu, banyaklah mata - mata memandang ke arah kami. Iyalah, tinggal di kawasan rumah flat senang je orang tengok kami. Mungkin rasa pelik bagi dorang. Selang beberapa minggu, ada sudah memberku sama - sama membasuh. So ndaklah saya rasa seram diperhatikan je...hehehe

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

uiii, sanggupnya turun naik tingkat 4 angkat air semata2 nak basuh kereta ja.. hehehe.. Napa tak beli hos selang yang panjang ja... terus dari atas turun ke bawah

Kancil 8349 said...

Ndak boleh dipakai kalau kawasan perumahan tempat saya nie. Ada budak nakal pergi potong tu hos nanti. Apa2 boleh terjadi dari tingkat 1 hingga 3. Dulu ada orang buat tapi malas sebab kenakalan bebudak. Malas nak bergaduh dengan jiran tetangga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...