Rakan Blogger

Wednesday, May 25, 2011

Sambutan Hari Guru Dan Majlis Perpisahan 2011, SK Batu Payong Tawau



Pada malam tadi, saya menghadirkan diri ke Sambutan Hari Guru dan Majlis Perpisahan 2011 SK Batu Payong Tawau. Walaupun saya bukan lagi warga SKBPT, saya sendiri menawarkan diri untuk menyertai sambutan tersebut. Alhamdulillah Kelab Staf SKBP mengalu-alukan kehadiran saya dan ini cukup menggembirakan. Saya hanya menunggu maklumat selanjutnya daripada rakan saya Cikgu Jumadil. Terima kasih kepadanya juga kerana banyak membantu saya.


Sambutan hari guru ini diadakan di Hotel Promenade Tawau, Tingkat 6. Bermula pada pukul 7 malam. Saya dan rakan saya yang paling awal datang dan diikuti oleh Cikgu Azuwa  bersama anaknya. Satu persatu guru datang. Akhirnya dewan yang sunyi bertambah riuh dengan kehadiran guru - gurunya. Sebelum acara bermula, saya sempat mengambil pemandangan luar dari hotel ini. Kawasan bandar Tawau. Indah dan menarik pada waktu malam. Menandangkan semua tetamu hadir, saya mengambil peluang bertanyakan khabar mereka dan suasana di sekolah lama saya itu.

 

 
 
 
 

Malam itu, saya dipilih untuk menjadi MC (Pengerusi Majlis). Kira jemputanlah. Hehehe...walaupun tetiba dipilih, saya melakukan yang terbaik pada malam tersebut. Acara pertama dalam majlis ini ialah Bacaan Doa daripada Ustaz Aizat Bisnu. Selepas Bacaan Doa, Ucapan daripada Ketua Kelab SKBP Encik Roslan Malan dan Penolong Kanan 1 Encik Suhaidi Adinin. Majlis ini tidak lengkap jika tetamu yang diraihkan tidak berucap. Tetamu tersebut adalah Guru Besar Encik Ahmad Hakim Jaafar dan Ustazah Maslina Shamsudin. Encik Ahmad Hakim akan berpindah ke SK Pulau Mabul dan Ustazah Maslina akan kembali ke Semenanjung Malaysia.

  
 Cikgu Suhaidi, Cikgu Ahmad Hakim dan Ustazah Maslina memberi ucapan pada majlis tersebut

  
Acara diteruskan dengan penyampaian Cenderamata Kenangan daripada Kelab Staf SKBP. Cikgu Suhaidi yang menyampaikan cenderamata kenangan kepada tetamu yang diraihkan. Selesai penyampaian cenderamata kenangan, acara diteruskan dengan acara makan. Apa lagi, semua bergerak ke meja makan. Di bawah nie adalah sebahagain makanan yang saya ambil. Tidak boleh makan banyak - banyak. Terlepas makanan lain. Cewah........


Selesai acara makan, acara diteruskan dengan Bertukar - Tukar Hadiah dan Cabutan Bertuah. Memandangkan saya tidak dimaklumkan jadi saya tidak terlibat dengan pertukaran hadiah. Setakat melihat gelagat rakan - rakan sejawatan saya. Namun saya tidak terlepas menerima hadiah cabutan bertuah. Tidak sangka, nombor saya yang pertama disebut. Alhamdulillah!..dapat hamper. Nombor saya ialah 28...

 
 Hadiah Hamper yang kumpulan meja kami dapat dan gambar Cikgu Rasia bersama suami

Acara yang terakhir adalah pemilihan Guru Lelaki Yang Paling Tampan dan Guru Perempuan Paling Cantik. Yang mengumumkan pemenangnya ialah Cikgu Hajah Hanisah. Pemenangnya bagi Lelaki ialah Cikgu Mohd Said dan Perempuan Cikgu Hanyzah. Tahniah untuk mereka berdua. Sebelum bersurai, kami sempat mengambil gambar kenangan. Apapun terima kasih lagi kepada Kelab Staf SK Batu Payong kerana menerima saya hadir ke majlis sambutan hari guru. Moga hubungan ukhwah akan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Gambar kenangan bersama Guru SK Batu Payong


2 comments:

Ce'gu JAERA said...

terima kasih cikgu Umrah.. kunjung berkunjung lagi

Kancil 8349 said...

terima kasih menerima saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...