Rakan Blogger

Saturday, November 26, 2011

Memulakan Sesuatu Adalah Perkara Yang Paling Susah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bila kita berdepan dengan satu situasi baru. Kita akan rasa tidak selesa dan ada kalanya kita berasa gementar. Sebab kita sudah set minda kita ke arah yang belum pasti. Ke arah yang negatif. Padahal kita belum memulakan sesuatu. Bila ini terjadi, hanya pada keyakinan seseorang berjaya menghadapi situasi baru nie. Kalau tiada keyakinan maka orang tersebut lari menghadapinya.

Kalau kita tengok orang yang menyanyi di pentas. Mereka kelihatan tenang dan bersahaja. Menampakan keyakinan mereka ketika menyanyikan lagu  popular mereka. Namun, sebelum mereka naik ke pentas mereka sebenarnya gementar dan takut untuk menyanyi. Tapi mengapa di pentas berbeza sebelum naik ke pentas. Ini semua kerana memulakan sesuatu adalah perkara paling susah untuk dilakukan.

Jika kita pandai mengawal emosi kita dan bijak mengatur minda kita. Kita akan berjaya menghadapi masalah tersebut. Sesiapa pun takut dan Kancil sendiri pun takut untuk memulakakn sesuatu. Namun, jika kita tidak mulakan siapa lagi yang mahu memulakan. Bergantung kepada keupayaan kita pada ketika itu.

Apapun, abaikan perkara yang belum pasti. Perkara yang kita tidak nampak hasilnya. Jangan takut dengan kata - kata hati ataupun bayangan di minda kepala kita. Cuba mulakan dulu dan baru kita ketahui hasilnya. Jika gagal, cari punca kegagalan dan perbaiki kegagalan tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

49 comments:

Munn Jaafar said...

bab naik atas pesntas tu mmg xbleh lawan..darah gemuruh...

Unknown said...

setuju, mmg nak memulakan sesuatu tu sedikit susah.. sebab itu ada peribahasa Alah bisa tegal biasa :)

Kayu Manis said...

setuju,darah gemuruh..nak naik kapal terbang lg gemuruh..

Anonymous said...

hehehe..serupalah macam Lia, lagi-lagi bila buat entri. masa first nak start ayat, punyalah susah nak cari ayat yang baik, bila dah pertengahan baru banyak idea muncul walupun entri taklah berapa nak best..ngeeehhh

Aisy Nasiha said...

ni rasanya sebab kancil pindah umh n sekolah kan? semoga semuanya baik-baik di tempat baru ye..

Muhammad Mustaqim said...

Mmg My cousin ums..
sesuatu yg kita mulakan mmg susah..
tpi d akhiri ngan kesenangan jiwa..
tngk mcm aku kan My cousin ums..
ku mula tulis blog mmg susah..
sbb x fhm.. slpas kau bagi tunjuk ajar semua.. I like use the blog..:)

Anonymous said...

cikgu selalu pesan, 'jangan fikirkan proses, fikirkan hasilnya..'

Syafiq Ahadin said...

Huhu! Bagus2. teruskan sebarkan nasihat. :)

maszull said...

assalamualaikum kancil...baru skg mama dpt melawat balik dan BW...salam maal hijrah buat kancil n family yer...:)

محمد رازيق said...

setuju dengan cik kancil.. salam maal hijrah

RHI said...

sebab tu kita kena selalu motivasikan diri kitakan...

Unknown said...

betul tu..

untuk lakukan sesuatu perlu berani cuba...

belum cuba belum tahu..

3no gr33ny said...

kadang2 takut dan gementar tu bagus juga ada dalam diri kita sebab akan nanti kita akan cuba lakukan yang terbaik...

Unknown said...

selalu terjadi dekat bui..*_*
tapi alhamdulillah,alah bisa tegal biasa
memula jer lepas tu ok..

Unknown said...

perasaan takut dan gementar itu sgt sinonim dgn kita yg bergelar manusia..berfikiran positif dlm semua hal...

salam maal hijrah 1433, semoga hidup kita diberkati

lieynanilaz said...

perasaan takut dan gementar itu kadang boleh menjadi pendorong yang kuat...:)

Kazman / Sue said...

salam maal hijrah dari kami sekeluarga....

untuk menerima perubahan memang sukar....lama2x jadi la ok...insyallah...

Unknown said...

masa mula-mula nk mengajar depan anak murid dulu, mesti gementar kan cikgu...? takut nanti mereka tak faham apa yg kita ajar di depan...

Eera Shera said...

kena ade kekuatan dr dalam

Aien Not Alien said...

harus berani mencuba sesuatu yang baru...walaupun 1001 macam rasa ada..hihi..


Salam Maal Hijrah Kancil... ^_^"

Yumida said...

yup....yumida baru jak menghadapi situasi tu..past 2 weeks....tetibe yumida disuruh org jd MC hari graduasi... dh la tinggal 1 hari jak lg...huhuhu...command dr big boss...diturutkn jua..even olwes terngiang2 suara kartunku...alhamdulillah...semuanya beres...yg penting..cekal n beranikan diri.

Yumida said...

oh yaaa...my big boss comment....i dah boleh jd pembaca berita TV...hohoho...kelakar...

Unknown said...

biler byk mata memandang....
denyutan jantung bertambah kencang..
butterfly mula ler berterbangan.....

ah lantaklah....
janji ade confident !!!! he3

Dylla Abas said...

takut memulakan sesuatu yg melibatkan penonton yg ramai...huh..gerun rasanya!! terasa diri bagai tiada hidung pula..hehehe...tapi,jika kita tidak mencuba,kita takkan tahu kemampuan kita setakat mana,kan :)

Kancil 8349 said...

Munnafendy :

hehehe...sesiapa pun mesti gemuruh...kancil pun ndak terkecuali...tapi kena kuatkan hati untuk lagi ke pentas

Kancil 8349 said...

DianaAzis :

betul tu,..semoga kita biasa dengan keadaan tersebut

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

nie kena biasakan diri kalau naik kapal...anggap je kita naik kereta...sama je situasinya...jangan fikir apa2

Kancil 8349 said...

Cik Lia Lomi :

betul tu...banyak perkara kita nak susah mulakan...

Kancil 8349 said...

Aisy Nasiha :

hehehe...betul tu...memang sukar nak membiasakan diri nie

Kancil 8349 said...

Muhammad Mustaqim :

my cousin mus...
betul tu...apa yang kita buat memang sukar namun harus ingat ada orang lain boleh membantu kita...dari segi nasihat dan tunjuk ajar....semua bergantung pada diri sendiri...hehehe

Kancil 8349 said...

Cik Gee :

Kancil sokong dengan pesanan guru kamu tu...memang betul tu

Kancil 8349 said...

Syafiq :

terima kasih....

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

terima kasih mama...untuk keluarga mama juga..Salam Maal Hijrah

Kancil 8349 said...

Muhammad :

terima kasih...salam maal hijrah

Kancil 8349 said...

Yatie Awang :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Fezz :

kalau ndak cuba pasti ketinggalan jauh

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

betul tu...tapi jangan sampai ndak terbuat...

Kancil 8349 said...

Bui Junaidi :

hehehe...betul tu...semoga biasa dalam memulakan sesuatu

Kancil 8349 said...

Tentang Kita :

kena selalu berfikiran positif untuk berjaya...salam maal hijrah daripada kancil

Kancil 8349 said...

Lieynanilaz :

betul tu...namun lain orang lain caranya

Kancil 8349 said...

Kazman :

terima kasih...salam maal hijrah daripada keluarga kancil di sabah...

betul tu

Kancil 8349 said...

Santri :

betul tu....

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

betul tu...semua bermula pada diri sendiri

Kancil 8349 said...

Aien Not Alien :

betul tu....semoga senang untuk diri kita...

Salam Maal Hijrah Aien

Kancil 8349 said...

Yumida :

bermakna kamu diberikan tanggungjawab yang istimewa...seronok jadi MC nie...semua orang pandang kat kita..

Kancil 8349 said...

Remyhazza :

betul tu...kita lebih berani berbanding dengan orang yang memandang kita

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

kalau berdepan dengan orang...kancil akan memandang di atas kepala mereka...memandang wajah mereka akan membuat kancil bertambah gemuruh

Run Away said...

sy....selalu jew gemuruh...kalau benda2 mcm gini...;d

Kancil 8349 said...

Run Away :

kena biasakan diri supaya ndak gemuruh teruk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...