Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Tajuk entri ini mungkin dah banyak kali digunapakai oleh kebanyakkan blogger yang berstatus guru. Mungkin ramai juga yang dah bosan dengan tajuk tersebut. Namun hakikatnya inilah realiti sebenar yang dihadapi oleh seseorang guru di sekolah.
Cabaran kian bertambah bukan dari murid itu sendiri malah desakan daripada pihak lain yang dengki dan cemburu dengan niat dan usaha murni guru. Selama ini, tiada orang yang mempertikaikan dan mempersoalkan kerjaya seorang guru. Tapi sekarang, dunia inginkan pengadilan. Betul ke?
Mengapa mereka ndak berpuas hati dengan kerjaya guru? Sebab kerja senang atau gaji yang tinggi? Kancil lebih suka kalau orang ndak berpuas hati merasai kerja sebagai seorang guru cukup untuk sehari. Biar mereka rasa apa yang guru - guru Malaysia lalui. Baru mereka faham keadaan sebenar.
Pernah seorang kawan menasihati Kancil. Kalau boss nak nampak kita nie bekerja, buat kerja tu lambat @ perlahan. Sudah siap pun kata kat boss tinggal fasa terakhir. Boss akan anggap kita ada kerja. Berbanding orang yang siap kerja awal, walaupun teratur dan kemas tetap dianggap pemalas. Tetap dianggap tidak ada kerja. Samalah situasi guru dengan penjawat awam lain. Kerja sama...untuk negara dan bangsa. Tapi cara dan keadah berbeza.
Namun sebagai guru, kita kena terima hakikat dan redha. Pasti ada hikmahnya. Allah sentiasa menyayangi kita dengan memberi pelbagai bentuk ujian. Kerana perkerjaan seorang guru adalah mulia dan sentiasa dikenang.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
46 comments:
betul tu kancil.. kerja sbg ni kan mmg dipandang mulia.. memberi ilmu yg manfaat kpd anak-anak.. mmg tiada tandingan pun dgn kerja yg lain2.. bermula dr gurulah dapat membentuk masa depan anak2 bangsa dan agama dan juga utk negara.. byk jasa yg guru taburkan.. kdg2 org senang ckp sbb mereka x lalui situasi yg guru2 lalui.. mungkin nampak mudah sbg seorg guru tp hakikatnya? disebaliknya? hny guru2 yg tahu..
memang mencabar tugas guru sekarang...
walaupun orang lain nampak guru ne banyak cuti tetapi sebenarnya banyak kerja yang perlu kita lalkukan sbgai cikgu selain mengajar..
apa pun..tugas guru adalah mulia..;)
apapon pada hamba..biarlah mereka melibatkan diri cuba menjadi gur dalam masa sehari..dan hamba pasti ramai yang tidak sampai separuh hari sudah mengaku kalah...
btol tu..kita yg kerja sampai tak angkat kepala n i , takde org pun nampak..diorg ingt kita ni tak de keja..ye la, semua nya kita siapkan cepat2.yg nampak cm sibuk tu, yg bagi 1 kerja sebulan baru nak siap.hangin betol dgn bos2 cmni..dlm sektor gov, memamg berlambak yg prangai cmtu
kerja kena ikhlas..baru dtg berkat..jgn marah cikgu2..
betol la tu..
kami yg bukan cikgu2 ni just tgk "bestnye jadi cikgu, byk cuti"...
nak ubah persepsi orang lagi la susah kot...
Join my bloglist-acapsuur-(>,<)
gogogogog..
hidup cikgu.....
yer....
tgas cikgu mang mencabar
walau tak nmpak dimata masyarakat, hanya cikgu yang melaluinye
emm3
x pe cikgu, mimi doakan cikgu terus menjadi pendidik yg tabah dn lbh bersemangat ye!
saya sangat sangat bersyukur dan berterima kasih pada guru guru kerana mereka sanggup mengambil tanggungjawab yg berat tu..
saya memang tak berapa nak layak menjadi guru..kurang sabar..hehehe..
qUEEN DAH JAWAB SOALAN TAG.. SILA TERJAH DAN KOMEN...
http://queenofbutterfly.blogspot.com/2011/11/tag-dari-3nogr33ny-kancil-8349-pcl.html
kancil..keje apepon dalm dunia ni mencabar...
sebab tu D tak suke org merungut pasal keje (post kat paper nak pertahankan itu ini...nak kenaikan gaji++ pangkat dsbgnya...sorri..my opinion)
sbb D pernah keje cikgu tadika, kerani, KFC, PA, researcher, keje dalam hutan, keje kedai, keje buat akaun...d mcm2... setiap tugas amat berat dan mencabar.
iya betulll.. hanya kita cikgu2 saja yang kenal ertinya. apa pun semoga kita ikhlaskan diri dalam apa saja tugas yang d amanahkan...
tak dinafikan.. tugas guru memang susah.. fuhh.. tp kami yg masih lagi blajar ni, lagi susah .. huwaaa...
exam dah dekat.. assgmnt blambak lg x siap..
salam kancil...tugas guru sangatlah mulia dan guru ibarat lilin. sanggup menerangi orang lain sedangkan dirinya cair terbakar...
entri tugasan dari kancil :
http://sun3tpini.blogspot.com/2011/11/soalan-kancil-8349-dijawab-oleh-santri.html
smg cikgu kancil dan cikgu2 lain diluar sana ikhlas menyampaikan ilmu wlupun keja makin bertambah :(
dulu teringin nak jadi cikgu tp entah camne boleh tersesat keja lain, ahaha
dulu teringin nak jadi cikgu...
menabur bakti....
tapi tak kesampaian....
setiap kerja ada kebaikannya..semoga pekerjaan ita sntiasa diredhaiNya
*tanpa cikgu,siapa kita..hmpir sama entry kita ni kancil..hehhee
selamat menjadi cikgu yang baik...=]
masa zaman sekolah dulu sy tak pernah profession guru ni mudah.bukan mudah nak berdepan dengan kerenah pelajar.dan bukan mudah nak mendidik pelajar untuk menjadi pandai serta b'pengetahuan.memang tabik kat sesiapa yang memilih profession guru ni.besar betul bakti yg dicurahkan oleh seorang guru.selamat m'jadi guru yg terbaik ye cikgu!!
TUGAS GURU DH X SAMA CAM DULU..MANA LAGI NAK KENA "TERIMA UGUTAN" MAK BAPAK LAK
orang luar mmg tidak tahu tugas sebagai guru memang memerlukan banyak pengorbanan.mmg banyak cabaran dalam mendidik dan tugas menyampaikan ilmu ni.tapi bila anak2 murid menunjukkan prestasi yg cemerlang, terasa segala penat lelah sangat2 berbaloi
Betul!!Sangat setuju,walaupun genk hanya pernah menjadi guru ganti pada beberapa ketika,tapi kehidupan genk sentiasa melihat tugas seorang guru,macam2 mama sama bapa buat..itu dan ini kerja perlu di laksanankan.Ada kerja secara offline,ada kerja secara online..Sampai satu tahap,genk terpaksa campur tgn utk menyiapkan tugasan seorang guru...
ye...tugas guru makin berat skrg..sbb..pelajar2 skrg pun dah lain mcm ..;d
Queen :
terima kasih Queen kerana memahami situasi guru...sebab itu, kita tidak perlu cemburu dengan kerjaya orang lain...mereka dah buat kerja mereka...kalau nak buat yang terbaik dan ingin gaji besar...berusahalah untuk kerja bersungguh - sungguh bukan taw bising kerja ndak ada
Ila :
betul tu...seorang kawan bercakap kepada Kancil, takkan kami guru mesti kelam kabut dan serabut dengan kerja. Nanti ibu bapa ndak percaya kepada guru...pandangan mereka mesti lain. Walaupun banyak kerja namun kami tetap berwajah tenang sebab memang dah dilatih macam tu...
3no gr33ny :
betul tu...rasa kerja orang baru tahu keadaannnya...
Pen Biru :
itulah realiti sebenar di tempat kerja...orang yang rajin pasti tenggelam... dek orang yang pandai mengawal situasi. Kalau tidak menyusahkan orang lain ndak apa...nie...
Cinnamon.com :
terima kasih...bukan marah cuma kecewa sebab orang sentiasa mencari helah untuk menjatuhkan semangat guru...
Asyraf :
cuti pun sebab nak atur program murid - murid di sekolah...nama je cuti tapi turun kerja juga...
Cik LyndaWawa :
terima kasih...
Aimie :
terima kasih kerana doakan kami semua...tetap bersemangat untuk mengajar...agenda pendidikan sentiasa berubah daripada penggunaan Bahasa Inggeris ke subjek Mats dan Sains, KSSR dan banyak lagi...semua berlaku dalam tempoh 5 tahun ini..
Rai :
terima kasih kerana memahami situasi guru
Queen :
terima kasih kerana menjawab
Diana :
bukan merungut cuma meluahkan....kalau kami tidak cerita situasi sebenar siapa yang mahu ambil tahu...betul semua kerja mencabar namun ia beza situasi. Kerja kami sentiasa berubah dari tahun ke tahun...beza tahun beza muridnya...beza juga dasar pendidikan
Gen2Merah :
betul tu geng....semoga kerja kita dipermudahkan
Zul Fattah :
hehehe...management tidak teratur lagi tu...kena atur baik2 supaya tidak kelam kabut
Santri :
terima kasih...
YNA :
terima kasih....masih tidak terlambat...guru bukan setakat di sekolah...guru kepada anak kandung pun boleh
Remyhazza :
jadilah guru kepada anak2 sendiri
Woofer Storm :
betul tu...kebetulan
Cik Lyndawawa :
terima kasih...amin
Dylla :
kancil seronok mengajar...suka tengok gelagat mereka...lebih2 lagi yang inginkan ilmu...samalah dengan Kancil pada mulanya...bila dah rasa...baru tahu...
Khairul :
betul tu...ugutan mak bapa budak boleh merosakan prestasi kerja guru...
Saffiya :
betul tu...tapi sebaliknya gurulah yang paling kecewa...bagi segelintir mak bapa...mereka plak akan salahkan guru 100%
C Genk Bah ne :
terima kasih...berharap mereka akan sedar situasi sebenar guru..jika kerja bertambah maka hakiki sebenar kerja guru akan hilang
Run Away :
betul tu...lain tahun lain muridnya
Post a Comment