Rakan Blogger

Tuesday, May 8, 2012

Kereta Ambulans Masuk Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Seperti biasa pada hari Isnin, mana - mana sekolah pasti akan mengadakan perhimpunan. Tujuan perhimpunan ini untuk menghebahkan perkara yang telah berlaku mahupun bakal berlaku pada sekolah tersebut. Memandangkan minggu depan merupakan minggu peperiksaan, Guru Penyelia Petang telah memaklumkan kepada murid agar bersedia untuk menghadapinya. Namun kanak - kanak, ada yang tidak mendengar apa yang disampaikan olehnya.

Ketika, Kancil berdiri di belakang barisan murid. Datang dua orang pengawas ke tempat Kancil. Kancil ndak berapa jelas apa yang disampaikan oleh rakannya manakala seorang sudah menangis. Tiba - tiba seorang guru perempuan memanggil murid yang menangis suruh baring di atas kerusi panjang. Rupanya,  budak tersebut sudah pucat dan bibirnya berwarna biru. Kancil tidak perasan keadaan murid tersebut. Nasib juga ada guru perempuan perasan keadan murid tersebut.

Memandangkan ada dua tiga orang guru mengurus murid tersebut, Kancil seperti biasa menjaga tempat lain. Tak kan mahu menyibuk. Sudah cukup guru yang menguruskannya. Yang lain nanti akan membuat bising. Selesai perhimpunan, murid tersebut dibawa masuk ke dalam bilik permuafakatan bilik guru. Rupanya badan murid tersebut mahu kejang. Tetapi tindakan pantas beberapa orang guru berjaya menghalangnya. Kalau tidak silap, ia sawan.

Beberapa minit kemudian, Guru Penyelia Petang telah memaklumkan kepada kami bahawa kereta ambulans akan tiba di sekolah tidak lama nanti. Kemudian, bapa kepada murid tersebut datang. Beliau merupakan seorang doktor di hospital kerajaan. Kami hanya memandang bapa murid tersebut. Seorang rakan meminta Kancil untuk menunggu kereta ambulans di luar sekolah. Alhamdulillah, kesesakan lalu lintas sudah beransur. Mudahlah bagi kereta ambulans menuju ke sekolah.

Ketika kereta ambulans tiba di sekolah, beberapa orang murid dan pelajar memerhati di luar sekolah. Murid tersebut diangkat oleh salah seorang guru yang bertugas pada minggu ini. Di dalam kereta ambulans, pegawai terus melakukan kerjanya. Beberapa minit kemudian, kereta ambulan meluncur laju menuju ke hospital Tawau. Kancil merupakan guru yang terakhir meninggalkan sekolah daripada 7 orang guru yang membantu murid tersebut.

Ini merupakan kali pertama Kancil mengalami situasi tersebut. Kancil pun tidak pasti apa penyakit murid tersebut. Kerana sebelum perhimpunan dia masih aktif dan ceria. Tiba - tiba pucat hingga bibirnya biru. Seluruh badannya sejuk terutamanya hujung kaki dan jarinya. Apapun, Kancil doakan murid tersebut selamat dan cepat sembuh.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

52 comments:

Noor Maizan said...

semoga dia cepat sembuh

Muhammad Izuan said...

sawan ke mcm tu? sawan yg kejang tu biasa curahkan air.

LYAfrina said...

owh..mybe tu epilepsi..tp mujur dia jnis y peraan perubahan diri dia..jd..x smpai kejang teruk..kalo smpai biru bibir ni..msti sbb oksigen dh x smpai ke otak..

Dkna Abza said...

bahaya nie..semoga murid tadi cepat sembuh.

ciK LyndaWawa said...

cikgu kancil ajar bm ka?

SemuaTentangKita said...

Salam singgah ya en kancil :)

Kayu Manis said...

mudah-mudahan budak tu tak ada apa2..

situasi cemas..

Izwa Kamaruddin said...

Allah....semoga beliau cepat sembuh..

Kamal Halim said...

eh kalau sawan bahaya 2..tak tentu masa dia menyerang.harap2 budak 2 ndada apa2..

mama lynn said...

semoga murid kancil sihat....; urmmm suka aca penulisan seorang guru yg sentiasa menjga tatabahasa nya ketika menulis

baguznet said...

owh... bapanya seorang doktor, pasti blh berkongsi maklumat kesihatan dgn para guru utk kebaikan murid2

tiadakah rekod kesihatan pelajar dalam fail pelajar, cikgu?

Reena Sidek said...

kita doakan semoga pelajar tu cepat sembuh...

3no gr33ny said...

kiranya kalau bukan sawan..mungkin juga kekurangan atau terlebih oksigen..sahabat hamba di bangku sekolah juga pernah begitu

aizamia3 said...

moga dia cepat sembuh dan moga bapa kepada murid tersebut memaklumkan kepada pihak sekolah keadaan penyakit anak beliau agar lebih mudah pihak sekolah memantau murid tersebut sekiranya berlaku lagi.

maszull said...

assalamualaikum kancil....semoga kanak2tu cpt2 sembuh dr penyakit nyer....:)

C!K 0R3N =) said...

semoga student kancil cepat sembuh...
time kasih c!k 0r3n ucapkan cz kancil sudi jd follower sy... ^__^
sy masih baru dlm blogging nih...bole la beri tunjuk ajar erk.. =)

Ezad Skytech said...

semoga dia cepat sembuh..risau jugak bila hadapi situasi mcm tu kan...

Unknown said...

kalau sawan tu selalunya camtulah kancil.... tapi make sure student terbabit gigit sesuatu..... selalunya dia akan kancing gigi.....

eita said...

bahaya jugak ni kalau betol sawan..
harap2 takde apa2 kan...

Unknown said...

pelbagai masalah murid yang kita hadapi sebagai guru. Sabar ikhlas amanah kena semat dalam hati.

aReLaN said...

moga murid tu selamt dan cepat sembuh.tak pernah hadapi sendiri.kalau berlaku depan mata sendiri,konfem gabra tak tau nak buat apa.hmmmm

Unknown said...

semoga murid cikgu tu cepat sembuh ye...

Anonymous said...

semoga pelajar tu tak pape la hendak-Nya..

Kancil 8349 said...

cik mai :

amin

Kancil 8349 said...

Muhammad Izuan :

tulah yang dimaklumkan oleh rakan guru

Kancil 8349 said...

LYAfrina :

betul tu...rakan guru ada juga yang kata demikian

Kancil 8349 said...

Adylia :

amin...

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

Kancil bukan guru akademik

Kancil 8349 said...

Cik Puan Halia :

terima kasih kerana sudi singgah

Kancil 8349 said...

cinnamon.com :

amin...semoga dia selamat

Kancil 8349 said...

Mrs Eady :

amin...

Kancil 8349 said...

Cleverspider55 :

betul tu...harap budak ndak apa2...

Kancil 8349 said...

lynn kamarul :

amin...terima kasih...penulisan kancil ndak sebaik guru lain sebab Kancil bukan guru akademik

Kancil 8349 said...

baguznet :

betul tu...dalam rekod ndak ada juga penyakit yang kena pada dia

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

amin

Kancil 8349 said...

3no :

tulah...kena bersedia

Kancil 8349 said...

aizamia3 :

amin...tulah yang diharapkan

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama..

amin...moga dia cepat sembuh

Kancil 8349 said...

C!K 0R3N :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Ezad :

amin

Kancil 8349 said...

remyhazza :

terima kasih bagi nasihat tu

Kancil 8349 said...

eita :

alhamdulillah...selamat

Kancil 8349 said...

etuza :

betul tu...terima kasih ingatkan kancil

Kancil 8349 said...

arelan :

amin..tulah pasal...hehehe

Kancil 8349 said...

Santri :

amin

Kancil 8349 said...

Cik Kartun :

amin....

alin said...

apa cerita pelajar tu sekarang? masih sakit?

Unknown said...

bahayanya kan kancil.. mang kena alert selalu.. banyak pulak plajar.. xmenang tangan guru-guru...
besarkan jasa seorang guru (^___^)

Kancil 8349 said...

Alin :

Alhamdulillah..budak tu dah sembuh..Kancil belum dapat mengetahui apa penyakit yang ditanggung oleh murid tersebut

Kancil 8349 said...

eeiyss :

tulah...ramai ingat senang mahu jaga budak...bila ada yang sakit...yang lain pula buat hal

Jahirah said...

moga murid tu dah sihat seperti biasa....sampai panggil ambulans mcm teruk jugak tu...

Kancil 8349 said...

Aishah :

Alhamdulillah...murid tu dah ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...