Rakan Blogger

Sunday, May 6, 2012

Pelajar Dulu Dan Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Beberapa hari lalu, Kancil keluar bersama mak cik isteri Kancil dengan dua orang perempuan sepupu isteri Kancil. Temankan mereka ke PC fair yang berlangsung di dewan masyarakat Tawau. Kami banyak habiskan masa kami di dalam dewan untuk mencari beberapa peralatan komputer. Selesai kami terus balik ke rumah tapi kena belanja minum oleh mak cik isteri Kancil. Beliau merupakan PK sekolah menengah di salah sebuah sekolah di Tawau.

Sebelum tiba di dewan masyarakat, kami sempat berbincang mengenai perubahan sikap dan sifat remaja sekarang. Ia amat berbeza dari zaman ke zaman. Kalau zaman dulu, pelajar masih takut dan hormat dengan guru mereka. Nampak guru di hadapan, pasti cuba sembunyi untuk tidak dilihat oleh guru tersebut.

Namun, sekarang nie beza. Mereka lebih berani bila berjumpa dengan guru mereka. Siap berani tunjuk mereka merokok atau berpegang tangan dengan teman lelaki atau teman wanita mereka. Tiada istilah segan silu. Lucu bukan, muda lagi dah tunjukkan mereka hebat sedangkan tiada apa yang mahu ditunjukkan. 

Semua kerana ego seorang manusia. Menganggapkan mereka lebih hebat daripada guru mereka. Tidak pun menganggap guru sudah ketinggalan zaman. Padahal, guru mereka sudah lama hidup berbanding dengan mereka yang baru setahun jagung. Salah siapa? Takkan guru juga. Pastinya datang dari rumah...eya tanggungjawab ibu bapa. Merekalah mula mendidik anak mereka untuk hormati orang lebih tua daripada mereka. Tetapi, berapa ramai yang buat macam tu?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

29 comments:

ShahzCudin said...

tapi kalo ade ape2 berlaku, mak bapak salahkan cikgu2 plak..haha

P#eoniX said...

btol tuh...dulu saya macam kat atas lah...nak jumpe cekgu pon takut-takut kalau ge dating terserempak ngan cikgu....huhuhhh...zaman dah berubah kot....heheheh...

Aisy Nasiha said...

Btl sgt. Ni mmg sy sokong. Org yg xkeje cgu tak leh rasa apa yg sebenarnya cgu2 rasa bila bhadapan dgn murid bmasalah

Aisy Nasiha said...

Btl sgt. Ni mmg sy sokong. Org yg xkeje cgu tak leh rasa apa yg sebenarnya cgu2 rasa bila bhadapan dgn murid bmasalah

Munira Yaakop said...

tul 2..pljar skng bkn cm pljar dlu.pntng d tegur..rsa hormat pd guru pn smkin bkurang...

Cik Asma BLuppy said...

pelajar dulu sangat sopan santun kan...

aReLaN said...

hmmmm...tau takpe.tapi kalau anak2 buat perangai kat sekolah diorang mula nafikan.cakap anak diorang baik la apa.aiyooo...zaman dah berubah.orang pon berubah gak la.

baguznet said...

cikgu, mungkinkah kerana apa yg diberikan sebagai makanan dan minuman yang kemudian menjadi darah daging anak-anak itu?

Unknown said...

pelajar sekarang dh tak mcm dulu.... nak pi sekolah pun malas....
perasaan hormat kepada guru dah terhakis...... hanyut dlm arus kemodenan.....

3no gr33ny said...

mungkinkah ini salah keluarga yang mendidik atau khilaf guru yang terlepas pandang??

Anonymous said...

pljar skrg bkn mcm pljar dulu knnnn. hee

Ezad Skytech said...

tu la..pelajar skrg ni makin berani...kalau kat dlm sekolah pun nak tunjuk gengster..lagikan kalau kat luar sekolah...pelajar skrg ni tak mcm pelajar2 dulu...

ciK LyndaWawa said...

student dulu lagi best..kalkulator punb takde...student sekarang.......erm...

mud jeles..

Kancil 8349 said...

ShahzCudin :

betul tu...guru juga yang disalahkan

Kancil 8349 said...

P#eonix :

tulah...sebenarnya bikin pening kepala

Kancil 8349 said...

Aisy Nasiha :

selamat kembali...apapun kancil sokong juga komen kamu tu

Kancil 8349 said...

Ira :

betul tu...nielah generasi yang bakal menjaga negara kita

Kancil 8349 said...

Cik Asma :

betul tu...sebab mak bapa yang ajar macam tu

Kancil 8349 said...

arelan :

tulah...bila dicakap terus melenting...ndak percaya..tapi bila dah nampak barulah muka malu

Kancil 8349 said...

baguznet :

mungkin juga...memang ada teori macam tu

Kancil 8349 said...

remyhazza :

betul tu....

Kancil 8349 said...

3no :

semuanya mesti bekerjasama tapi tulah...guru je yang bekerja

Kancil 8349 said...

Faidhatul :

betul tu

Kancil 8349 said...

Ezad :

tulah...pengaruh media juga

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

mereka banyak kemudahan

Unknown said...

dunia dh berubah

Kancil 8349 said...

khairul :

betul tu

Jahirah said...

betul la...totally different la budak sekarang dgn zaman saya dulu.lebih berani, terbuka, xtahu malu, xhormat org.xsemua tp kebanyakan mcm tu la.zaman teknologi, semua dihujung jari...huhuu

Kancil 8349 said...

Aishah :

kami sebagai guru kena bersedia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...