Rakan Blogger

Saturday, June 16, 2012

Air Mata Ibu Bapa...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sempena majlis penyampaian buku rekod di sekolah pagi tadi. Banyak wajah - wajah ceria dan gembira terpapar di wajah ibu bapa yang menerima buku rekod anak mereka. Gembira dan ceria kerana mereka telah melaksanakan tugas mereka sebagai ibu bapa. Namun, tidak semua yang berkelakuan demikian. Ada juga ibu bapa yang sedih hingga mengalir air mata mereka.

Sedih dan kecewa..itulah yang dapat diungkapkan oleh mereka. Bagi murid yang menyesal, mereka turut menangis. Mungkin sedih melihat ibu bapa mereka menangis. Mungkin juga mereka malu. Apapun, moga mereka sedar bahawa tanggungjawab mereka sebagai murid dan pelajar adalah belajar. Bukan tidak diberikan masa untuk bermain. Bermain juga namun mereka leka.

Semoga, kejadian pada hari nie memberi pengajaran untuk mereka bukan setakat murid tetapi ibu bapa juga. Kecemerlangan mereka bukan setakat di sekolah tetapi semua bermula di rumah. Ibu bapalah yang membentuk mereka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


34 comments:

Aisy Nasiha said...

sini pggl hari terbuka.. ramai tak yg datang tadi? bdk2 kat sana baik2 mesti ramai yg datang. kami blm bt lg hari tbuka untuk exam pertengahan tahun, tp biasanya kali kedua ni dah mkin kurang yg datang..

RHI said...

akak pun dah pergi sign rekod anak2 hari selasa baru ni...Alhamdulillah...keputusan mereka bolehlah membuat akak tersenyum...

Salina Mat Isa said...

Harapan ibu bapa msti nk ank mreka brjaya..

3no gr33ny said...

semoga anak2 tidak menghancurkan harapan ibu bapa yang mahu melihat mereka berjaya

ariana said...

Akak pun baru je ambil kptsn anak akak semalam.Alhamdulillah..mampu mengukir senyum..hehe Tp kalau boleh dimasa akn dtg hendakkan dia lebih cemerlang lg..Insyaallah.

EmpayarUtama said...

Terkilan juga pagi tadi bila tertegur guru kelas anak kerana sesi kaunselingnya dengan salah seorang ibu rakan sekelas anak ambil masa hingga 30 minit (mungkin jika tidak ditegur sesinya akan lebih lama) kerana ramai lagi yang menunggu giliran di belakang.

Sesi hanya setengah hari dan masih ada berbelas murid kelas bersama ibu/bapa sedangkan jam sudah pukul 11.15 pagi...

Saya rasa malu dan bersalah...

Kayu Manis said...

anak2 kak belum lagi,cuma yg di tadika selesai..

darjah dua tidak ada mid year..cuma ada penilaian thn ini..alhamdulillah,sgt bangga.

sekolah men.form 2,dah dpt semua paper..juga sgt bangga.

yg form 5..separuh juga sudah dpt..alhamdulillah,berkat usahanya. yg gigih.
selalunya kak,suami yg jumpa cikgu.ckp sepatah dua..terus bg laluan pada org lain.sbb nak berkejar ke tempat kerja..

ada juga mengalami situasi menunggu giliran ni...aaai punya lah lama..mmg letih.rasanya cikgu dah tulis dkt repot card..itu sajalah kak rujuk..

Cik Asma BLuppy said...

airmata yg sngt berharga..
teringat pulak time CAB konvo. ayah pom nangis..wuuwuu..T_T

Jahirah said...

zaman dulu bawak balik buku rekod sendiri mak ayah sign....

ayut said...

Dulu kat sek suke sgt mak dtg amek repot kad.sbb abah kurang ckp.nnt time ni mak ayah berborak gan cikgu.abis kuar smua cite ap kitabt kat umah kpda cikgu.mak ayah pon tau kita kat sek mcmne..tp dr sini dpt mitivasi.btulla,keadaan time ni mmg boleh membawa makna bt anak tu sndri,ibubapa dan jgk cikgu :)

fairus said...

ANAKA AKU BARU TASKA, HARAP LEPAS DIA BERSEKOLAH, DIA MENJADI PELAJAR YANG BAIK DAN DENGAR KATA CIKGU..

aindzaya said...

teringat pulak zaman sekolah dulu..mak ayah datang sekolah masa pibg..owhh! sungguh terharu..alhadulillah pencapaian dan result baik..klu yg tak baik tu..cmne ea..semoga adik2 ain jadi pelajar yg terbaik:)

Gara-gara idea . . .

Unknown said...

teringat kata2 ibu remy yg sejuk perut bila tgk keputusan remy waktu sekolah dulu.......alhamdulillah....

Eera Shera said...

masa skola dulu, hari ni la yg paling menakut kan haha

Dkna Abza said...

rindu lak zaman sekolah dulu..arwah abah selalu amek report card :(

Kancil 8349 said...

Aisy Nasiha :

wow...situasi yang berbeza...

Kancil 8349 said...

Yatie Awang :

alhamdulillah..sejuk mata memandang

Kancil 8349 said...

teratak hati :

betul tu...

Kancil 8349 said...

3no :

betul tu...amin

Kancil 8349 said...

ariana :

alhamdulillah..tahniah

Kancil 8349 said...

Empayarutama :

ndak mengapa jika kita tidak taw..lain kali berhati2

Kancil 8349 said...

cinnamon.com :

kalau anak tidak bermasalah senang je lalu...berbeza yang bermasalah...kena bagitau masalah yang dibuat oleh anaknya

Kancil 8349 said...

Cik Asma :

air mata gembira bah tu

Kancil 8349 said...

Aishah :

dah berubah zaman nie...

Unknown said...

ibubapa dh byk berjasa utk membesarkqn dan beri pelajaran pd kita oleh itu sbg ank kenalah buat ibubapa gembira dn berbangga dgn kita.

Kancil 8349 said...

Ayut :

hehehe...tapi ia membawa makna agar kita disayangi

Kancil 8349 said...

Fairus :

Amin...

Kancil 8349 said...

Ain :

amin...tahniah

Kancil 8349 said...

Remy :

alhamdulillah

Kancil 8349 said...

Eera :

betul tu

Kancil 8349 said...

Adylia :

jangan sedih kawan...sedekahkan al fatihah untuk arwah abah kamu

Kancil 8349 said...

Queen :

betul tu...Kancil sentiasa mengingati anak murid kancil

maszull said...

assalamualaikum kancil...tangisan suka duka pd anak2 yg berjaya...:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama...betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...