Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Sejak pagi tadi sehinggalah pada pukul 12 tengahari. Kancil berada di bilik Kaunseling sekolah. Hinggakan ramai rakan guru pagi mencari Kancil. Mereka lupa bahawa Kancil mempunyai bilik kaunseling. Dan mereka tidak menyangka Kancil akan berada di sana.
Sepanjang masa Kancil berada di sana, Kancil sentiasa mengingati bilik Kaunseling di SK Batu Payong. Hampir 3 hari Kancil mengurus dan mengemas bilik tersebut. Hingga Kancil sendiri jadi tukang kayu. Tapi untuk keselesaan sendiri. Sedar - sedar, Gen2Merah terkejut ada perubahan yang berlaku di dalam bilik Kaunseling Kancil. Masa tu Kancil di SK Batu Payong dan bilik Kancil bersebelahan dengan bilik pemulihan Gen2Merah.
Kini, situasi yang sama bakal berlaku di bilik kaunseling ini. Untuk keselesaan mata memandang dan keselesaan para pengunjung untuk datang ke bilik kaunseling. Sebelum nie, Kancil ndak buat perubahan sebab ada rakan sejawatan yang memegang bilik tersebut. Kini setelah beliau pindah ke Pantai Barat, Kancil mengambil alih bilik tersebut. Kira bertukar tanganlah.
Tapi penat juga buat seorang - seorang. Namun Kancil rela buat seorang sebab kalau berkawan pasti lewat kerja dilaksanakan. Asyik bercerita je. Hehehe...Dah siap barulah minta kawan datang komen. Apa yang perlu diperbaiki dan ditambah. Kena terima teguran rakan sejawatan. Betul kan?
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
30 comments:
sepatutnya kenalah bagitau pada cikgu lain supaya senang dorang nak cari cikgu kat mana kan.. ;)
RAJIN KAU UMM.. BAGUS.. AKU SUKA ORANG YANG RAJIN2 NI.. :) ESOK BERSIHKAN LAGI YE..
buat sendiri lagi ohsem kancil...terpancar kepuasan.....
lagi best kalau ade yg puji......
rajinnya cikgu kemas srg2...satu kepuasan sebenarnya kalau buat sendiri...:)
kita yg bekerja di situ so mmg patutlah diubah ikut citarasa kita ye x.. tp kalau ada komen yg lbh bernas boleh juga diikutkan..
assalamualaikum kancil....moga bilik itu akan lebih ceria dgn kehadiran cikgu kancil...pasti ada kejutan buat cikgu2 di sekolah kancil nanti...:)
teringat zaman form sekolah menengah dulu bilik kaunseling n library jadi tempat untuk kami berlima 'lepak' usai sesi persekolahan.. seronok.. masuk ja bilik kaunseling pasti terpandang cogan "MANUSIA MEMANUSIAKAN MANUSIA"..
tapi asenye remaja2 skrg dengar ja bilik kaunseling pasti akan pikir "bilik pelajar bermasalah" kan...
bagus la mcm tu...senaman.
exercise minda sket :D
rajinnya mengemas bilik kaunseling..untuk keselesaan jugak kan..
betul jugak tu ye kancil... kot buat ramai2x takut lambat siap... tapi kalau kerja yg memerlukan kreativiti ni memang kena buat sorang... tak boleh buat ramai... nanti tak jadi...
rajin kemas bilik? baru je lpas cuti kan? jd smangat pun kena membara lagi la, masa ni.. huhu
rajin kancil sampai tak dapat dikesan..
pakar kaunseling ke?
bagus la tu kemas bilik tu.huhu..zaman sekolah dulu pernah sekali kena panggil gi bilik kaunseling.kantoi main lompat2 kat tangga.hahaha
betul tu kancil..kalau ila pun suka buat kerja sorg2...senang n cepat ja..kalau ada kawan..sembang ja lebih..hehehe
Aizamia3 :
bukan tidak bagitau..ada guru yang maklum cuma guru yang maklum tu berada di kelas pada masa dicari
Fairus :
terima kasih geng
Remy :
betul tu...hehehe
Aishah :
ndak ada orang boleh tolong melainkan diri sendiri
Queen :
betul tu...bergantung pada situasi
Maszull :
Waalaikumsalam mama...terima kasih mama
Alin :
betul tu...tapi kena ubah persepsi tu...karang ndak ada plak budak mahu masuk
cinnamon.com :
betul tu...
axoera :
terima kasih
teratak hati :
terima kasih
kazman :
betul tu....masing2 ada cara sendiri kan
zul fattah :
betul tu..rakan dah pindah
fiqas :
dorang lupa sal bilik kaunseling...ndak juga pakar..tapi biasa2 je
Arelan :
hahaha....mengapa kena panggil...sal main lompat2 tu ke?
Ila :
hehehe...betul tu...bukan kerja ndak siap...siap juga cuma lambat
Post a Comment