Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Masa umpama emas tidak pun emas hitam. Jika tidak pandai menghargai dan menjaganya ia mudah hilang dan lenyap di depan mata. Masa nie tidak boleh diulang mahupun diganti. Bagi mereka yang tidak menghargai masa, mereka merasa rugi dan bila tersedar baru mahu menyesal.
Kekadang, kita tertutup oleh keseronokan sementara walaupun hakikatnya ia memberi kesan yang mendalam jika alpa. Lihat sahaja pendidikan di sekolah rendah. Telah ramai guru berpesan supaya menghargai masa. Apatah lagi sekolah menengah. Namun, generasi muda menganggap ia benda remeh. Tidak semua tapi ada juga yang menghargai masa mereka.
Mereka datang ke sekolah hanya untuk bermain bukan untuk belajar pun. Seronok dapat berjumpa dengan rakan sebaya. Hingga lupa tanggungjawab mereka iaitu belajar. Guru - guru di sekolah sudah memainkan peranan mereka namun apabila ada segelintir ibu bapa suka memberi muka kepada anak mereka menyebab sikap dan disiplin anak menjadi buruk.
Ibu bapa lebih percayakan kata - kata anak mereka sedangkan di sekolah anak merekalah bermasalah. Sering bergaduh, mencuri dan suka memukul orang. Ungkapan yang biasa kita dengar daripada ibu bapa, "Di rumah dia tidak macam nie. Baik budaknya. Cikgu mesti tersalah anggap anak saya." Lagi senang jika ada masa yang sesuai untuk memerhati anak di sekolah tanpa pengetahuan mereka. Baru mereka tahu.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
40 comments:
Berat beban cgu kn? Nk mjaga ank org bukan senang, nk mdidik beratus2 anak orang lg la perlukan kesabaran
arwah abah dkna selalu skodeng dkna kat sekolah..hehehee..teringat lak kat arwah..duk syok tengok cikgu mengajar kat depan, sekali pandang tengok arwah abah ada belakang sambil senyum2 :)
blog kancil berwajah baru...ooowwwseeemmm !! ;p
pelajar zaman skrg ni depan mak ayah lain sifatnya tp bila dibelakang dialah sang hero.. :)
bilalah ibubapa nak sedarkan cikgu.
Penjaga kena rasional bila ada aduan dari sekolah. Guru-guru bukan org sembarangan - mereka dipilih dan pastinya mahu yg terbaik utk anak muridnya. Kalau penjaga tak boleh menerima sendiri rugi kalau anak tidak menjadi seperti yg diharapkan...
dua identiti sesetengah budak2..kat umah pijak semut tak mati,baik gila depan mak ayah.tp kat sekolah lawan cikgu,gaduh dgn kwn2.mak ayah kena lebih peka dan jgn salahkan guru semata2.
heran dengan perangai ibubapa yang selalu sokong anak dorang walaupun dorang tak tau hal sebenar. Hm.. Bukan la tak boleh percaya anak, p, kena bertempat. Hihi. Masa sekolah, belajar. jangan buang masa.
ibubapa nak kena intip gerak geri anak secara rahsia ni baru tahu macam mana...hehehe..
budak2 memangkan...nak yang jenis bermain-main je...
tmpt saya cikgu dia best. heee... budak ikot kata cikgu2 yg otai je. cikgu2 baru dorang pandang senget. cehh!
p/s: exam fever. ta dapat nak tulis. cikgu suruh study. hehehe :p
assalamualaikum cikgu kancil...begitu besar tanggungjawab guru itu tapi ibubapa yg kurang memahaminya suka mempercayai anak2 mereka sepenuhnya tapi ibubapa sepatutnya faham bagaimana perangai anak2 mereka dirumah juga...:)
banyak dugaan seorang guru kan , semoga semua guru2 yg banyak mencurahkan bakti hingga terlahirnya seorang PM,DOC,PEGUAM DLL ini sentiasa diberkati ALLAH SWT .
betapa besarnya pengrobanan seorang guru..
cikgu dulu len kan?
dulu rotan anak murah mak bpk sokongtindakan cikgu..
tapi skrg anak murah rotancikgu..ehhehe
tu lah pentingnya peranan ibu bapa d rumah.. jika amalan murni dan keagamaan sentiasa d amalkan d rumah, insya Allah perangai anak2 akan lebih harmoni d sekolah.. amin
tu lah pentingnya peranan ibu bapa d rumah.. jika amalan murni dan keagamaan sentiasa d amalkan d rumah, insya Allah perangai anak2 akan lebih harmoni d sekolah.. amin
tu lah pentingnya peranan ibu bapa d rumah.. jika amalan murni dan keagamaan sentiasa d amalkan d rumah, insya Allah perangai anak2 akan lebih harmoni d sekolah.. amin
GURU, IBU BAPA PERLU MENJALANKAN PERNANAN MASING-MASING DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB BAGI MEMASTIKAN ANAK MENJADI INSAN YANG BERGUNA..
sudah lama juga hamba tidak bertandang ke halaman tuan..harapnya sahabat senantiasa dalam limpah rahmat Tuhan..
mmg pon mak ayah mcm tu zaman skang ni.. more defend anak2 dorang even anak2 dorg nyata bersalah.. ntahlah masa depan mcm mane pulak anak2 dorg tu layan anak2 kpd anak2 dorang pulak... mesti lagi dasat kan..
zaman la dh x mcm zaman dulu kan ...
Aisy Nasiha :
betul tu...bukan senang mahu memanusiakan manusia
Adylia :
bapa dkna tu perhatin...tengook anaknya di sekolah
terima kasih...heheee...
Queen :
tulah yang perlu diubah tu
Cinnamon.com :
tolong menolong
Kakzakie :
betul tu...ada sebab mengapa dan kenapa bukan terus menyalahkan pihak satu
Aishah :
betul tu...ibu bapa yang baik akan melihat anaknya di sekolah
Eza :
betul tu...ibu bapa tidak risaukan masa depan anak mereka
Aien :
kena sedarkan mereka
dee :
pergh...memang kuat pengaruh guru tersebut
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
kekadang di rumah lain tapi di sekolah lain...
fizafantagiro :
betul tu...
Sutera kasih :
terima kasih
eintan :
lupa sudah mereka
Gen2Merah :
betul tu geng
Fairus :
betul tu geng...
3no :
terima kaish kembali 3no...
Zeera :
moga mereka berubah dan faham akan kesilapan mereka
Khairul :
betul tu
ibu bapa dan guru saling memerlukan.......
cari jalan terbaik utk mendidik....
Post a Comment