Rakan Blogger

Thursday, June 28, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 42

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sentiasa mengunjungi blog Kancil. Kancil amat menghargai sokongan anda. Memandangkan ramai juga rakan blogger yang tertanya - tanya apakah situasi gambar di atas. Ada yang kata majlis PIBG? Persidangan? Majlis Anugerah dan macam - macam lagi lah.

Sebenarnya, ia adalah Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Ke 41 Peringkat Daerah Tawau, 2012. Gambar di atas merupakan dewan SJK (C) Sin Hwa yang terletak di kawasan bandar. Bersebelahan dengan Dewan Masyarakat Tawau. Kancil telah terpilih untuk mewakili sekolah bagi menghadirkan diri majlis ini. Kebetulan, di sekolah pun ada majlis makan - makan.

Kerusi yang banyak kosong tu khas untuk sekolah - sekolah yang menerima anugerah di peringkat daerah. Ini termasuklah sekolah tempat Kancil mengajar. Sekolah Kancil berada di tempat kedua di peringkat daerah dan ke 933  di peringkat kebangsaan bagi sekolah rendah. Ndak tahu plak di peringkat Sabah...hehehe..apapun tahniah untuk Sekolah Kebangsaan Bombalai yang merupakan sekolah pertama di Sabah dan ke 47 di peringkat kebangsaan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

10 comments:

maszull said...

assalamualaikum kancil....wah bestnya dan tahniah ye sebab sekolah kancil berjaya...:)

Unknown said...

majlis hari guru rupanya... tahniah buat sekolah kancil

Unknown said...

oh..sambutan hari guru (^___^)

Unknown said...

tahniah utk kancil dan juga sekolah kancil......tahun depan kalau boleh jadi yg pertama tau.....

aizamia3 said...

Tahniah buat sekolah cikgu.. ;)
Dewan tu memang besar.. ai suka..

Kancil 8349 said...

Queen :

terima kasih

Kancil 8349 said...

eeiyss :

eya betul

Kancil 8349 said...

Remy :

insya Allah...terima kasih

Kancil 8349 said...

aizamia3 :

terima kasih...actualy ada lagi besar dari ini

9n0L4 said...

kate wordless? huhu. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...