Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Kancil ingin kongsikan satu cerita yang telah berlaku pada diri Kancil. Yang mana ia berlaku pada hari Jumaat. Ia berlaku sekitar tahun 1996. Di mana, hujan hebat turun sepanjang hari pada hari tersebut. Waktu solat Jumaat, masih lagi hujan. Namun, kebanyakan penduduk bandar di Lahad Datu (LD) khasnya ndak menyangka satu kejadian akan berlaku.
Sekitar pada pukul 4 petang, telefon berdering di rumah. Bapa Kancil menelefon dari pejabatnya mengatakan banjir telah melanda kawasan bandar LD. Terkejut kami di rumah. Mengapa boleh banjir sedangkan bandar tersebut betul - betul di pinggir laut. Kebetulan, jalan raya sudah sesak. Langsung ndak bergerak kiri dan kanan.
Rupanya, hujan yang turun sepanjang hari telah membawa air yang banyak dari hulu. Kebetulan air laut pasang. Bila limpahan air hujan banyak maka berlakulah banjir besar hingga tenggelamkan bandar LD. Menurut sumber, air di kawasan bandar ada di paras dada. Walaupun Kancil tinggal di rumah milik kerajaan yang terletak di atas bukit. Kami masih risau.
Apa - apa boleh berlaku. Keesokan harinya, Berita Nasional TV1 menyiarkan bencana tersebut. (Siaran TV3 ndak dapat di sini sebab terlindung oleh Gunung Silam). Salah seorang penduduk telah ditemuramah. Dalam kata - kata beliau, inilah kali pertama berlaku di bandar LD sejak menjadi penduduk di kawasan tersebut selama 20 tahun.
Bermula dari tahun tersebut, bandar LD selalu ditenggelami air banjir. Paling teruk tahun 2006 (kalau tidak silap). Apabila jalan keluar dari daerah tersebut terputus langsung. Ke Sandakan tidak dapat lalu apatah lagi ke Tawau. Semua berlaku pada hari Jumaat. Sejak Kancil bergelar warga Tawau, Kancil kurang mengetahui keadaan terkini daerah tersebut.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
31 comments:
assalamualaikum kancil...menarik cite ni sekurang2nya dpt mengetahui info2 yg menarik ni dr blog kancil...:)
wah.. 1996.. is baru darjah 4 waktu tu (^___^)
info ni...
kancil... kiranya teruk juga banjir tu ye kancil..... sampai ke dada.....
banjir besar melanda.. mmg agak takut dan merisaukan..
kebetulan ke hari tu?
bencana alam.
Kancil, akak rasa kan, kalau 20 thn sebelum 1996 x pernah berlaku, tapi sejak 1996 dah beberapa kali berlaku,tentu ada projek pembangunan yang telah mengganggu sistem saliran perparitan...
Er..mungkinlah kot kan...
pernah merasa pengalaman banjir sekali je...tu pun banjir paras atas sikit dari buku lali :p
sekarang mudahnya berlaku bencana alam disebabkan 'hasil kerja tangan' manusia dengan projek pembangunan..
teruk juga tu...biasanya mana2 tempat yang tak pernah kena banjir bila dah terkena akan berulang kembali...mungkin faktor pembangunan kot. makin lama makin membangun kan.
tak penah lg la umah kena banjir. malas nya nk kemas pas banjir tue ye dak
tak penah lagi ase banjir.. mintak2 dijauhkanla .. amin..
jom baca kejap..=D
http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/bapa-juta-dah-mu-derma.html
rase cam seram je bila banjir kat sebelah laut kan..
fobia dgn banjir nk kancil
Maszull :
Waalaikumsalam mama...
terima kasih kerana sudi membaca
eeiyss :
eya ke...hehehe...muda lagi kamu tu
Mrs Eady :
terima kasih
Remy :
betul tu
Queen :
betul tu..bikin ndak senang duduk kita nie
eintan :
mungkin..namun banyak bencana melanda pada hari Jumaat...ia satu amaran
K. Nor :
betul tu
Aziela :
betul tu kak...tulah kejadiannya
Dylla Abas :
hehehe...apapun dah ada pengalaman kan
aizamia3 :
betul tu
Aien :
betul tu...belum mahu sedar2 lagi
miss :
hehehe..kena bersedia
L :
alhamdulillah
Zeera :
memang seram pun..kalau ikan jerung naik
khairul :
betul tu
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.
Post a Comment